All posts in 'Sastera' Subscribe

Pada gigitan pear pertama

“Kasih sayang itu ‘overrated’. Manusia buta sebab kasih-sayang. Hormon Endorphin atau kimia yang terhasil ketika bersama kekasih itu tak jauh beza dengan hormon ketika kau menang pertandingan catur..

Bangkit sang pengkhianat

Orang sekeliling yang mendengar mula terdiam, mereka berjalan perlahan-lahan sambil berfikir. Malam itu, ramai di antara mereka tidak mampu tidur dengan tenang. Fikiran mereka diganggu oleh kata-kata Bangkit.

Epal penggoda

epal penggoda (23) gadis dan sejambang bunga keluli ambillah leher, hirup darahku, perawan pagi! aku tahu cinta berhijap seperti …

Zahra

Aku masih ingat: Dia di situ, hanya semeter dariku, hadir seperti kehidupan yang hijau, seperti sesuatu yang menyakitkan, seperti kelaparan.

Ulasan novel: Senggama politik dan seks

“kekerasan” yang diertikan bukan sahaja hadir dalam keganasan yang ditonjolkan dalam babak bergocoh yang sadis, tapi cukup dengan kebanalan hampir kesemua wataknya dalam memperjudi hidup tidak meladeni takdir.

Dari mulutmu ku dengarkan syorga

Diam-diam, aku memasang hasrat untuk bertemu sendiri dengan lelaki separuh umur yang dikhabarkan, yang mampu melafazkan kata-kata sakti sampai berhasil menyembuhkan sakit, walaupun sekejap.

CERTOT: Nafsu beruang

Tahukah engkau bahawa kabinet rumah kitalah yang paling besar dan gah. Sudu-garfu, cawan-gelas, pinggan-mangkuk bersama gabungan terbaik set cawan dengan jag dan gelas adalah yang paling banyak berbanding rumah lain. Malah perkakasan itu elit dan unik belaka

Telefon genggam dengan daftar namamu

Aku tak membalas mesej itu bukan kerana aku tak peduli, tetapi teknologi yang melingkar dalam segenap hidup kita ini bukanlah sesuatu yang bernyawa dan berasa; ketika diperlukan untuk menyampaikan maksud yang sewajarnya, ia akan berdusta kerana tak mampu membawa emosi untuk dikirimkan bersama.

Menanti hujan bulan Jun

Memang kau tak puas. Aku sendiri tak pernah puas dan itu hanya sekadar jawapan yang lahir dari perasaan malas berdebat panjang mengenai hal yang aku tidak tahu apa tujuannya. Masa depan dan ingatan masa lalu, dua perkara yang tidak mahu aku fikirkan.

CERTOT: Malaikat hinggap di Kaherah

Si malaikat senyum kepada mereka persis seorang pendeta tua. Dia meninggalkan mereka, terbang dan berkata kepada dirinya, “Kehidupan manusia aneh dan unik, dan aku tak memahaminya. Tapi ada sesuatu yang indah tentangnya. Sebuah kelahiran baru pasti akan berlangsung di sini. Tanah ini permai dan orang di sini baik­-baik. Barangkali mereka akan berjaya. Mereka pasti berjaya.”