Kekurangan wanita muda dalam aktivisme politik Malaysia bagi Rara adalah akibat daripada kerunsingan dan ketakutan untuk terlibat, selain disibukkan dengan urusan harian serta kurangnya sistem sokongan bagi mereka.
Mungkin juga hanya di Selangor, pejabat Speaker menyediakan khidmat penyelidik untuk digunakan semua Adun tanpa mengira parti. Menurut Hannah, ini dilakukan demi memperbaiki mutu perbahasan, selain memberdayakan para wakil rakyat Selangor.
Ditanya tentang speaker jenis yang bagaimanakah Hannah Yeoh ini, beliau memberitahu bahawa yang penting ialah untuk bertindak adil dan tidak berat sebelah. Ini ertinya memberi banyak ruang kepada pihak pembangkang untuk berhujah dan bertanyakan soalan.
Kita ini, kalau kita mahu, kita boleh menciptakan perubahan kecil.” Perubahan-perubahan kecil itu nantinya mampu menjadi perubahan besar. Beberapa pemuzik ini memilih untuk tidak sekadar menghibur tetapi juga memberi pendidikan dan mencerdaskan penggemarnya.
Bagi menangani jadual kempen yang padat, petugas parti datang dari setiap negeri serta dibahagikan tugas khusus oleh Pusat Operasi. Soal keselamatan Dyana ditugaskan kepada DAP cawangan Derga yang membentuk pasukan sebanyak enam orang anggota, diketuai Timbalan Ketua Pemuda DAP Kedah Lim Zi Yang.
Saya yakin mampu melakukannya berdasarkan semangat kental serta pengalaman dan pelajaran yang dikutip daripada rakan-rakan DAP, terutama sepanjang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah (Lim Kit Siang) sejak tahun lalu.
Ram tidak bongkak ataupun terlebih yakin. Meski pun Bukit Gelugor disebut sebagai kerusi “confirm menang,” usaha untuk memenanginya mesti dijalankan terus-menerus.
Ramkarpal nama yang tidak asing lagi sejak peristiwa menyayat hati 17 April lalu. Dalam sekelip mata segala-galanya berubah dan beliau kini berdiri di pentas utama, semua mata tertumpu kepadanya, selain bayangan legasi ayahanda yang menghiasi latar politik yang begitu gah.
(Mentaliti sesetengah rakyat) Malaysia ni bodoh sikit, kurang matang. Sepatutnya tak ada pemisahan antara parti dalam seni budaya. Rasanya kami main muzik yang semua orang boleh dengar. Kita (pemuzik) patut engage dengan semua orang.
BERSIH bukan satu projek yang telah selesai. Kita perlu meneruskannya. Semangat ahli-ahli jawatankuasa BERSIH masih tinggi; tiada seorang pun pernah berkata “cukup setakat ini.” Kita perlu terus melangkah.