Berita Subscribe

Pengguna perkhidmatan WiFi percuma di Pulau Pinang kini bakal menikmati kelajuan sambungan yang lebih baik setelah Kerajaan Negeri pimpinanan Pakatan Rakyat itu menaiktaraf kelajuan internet tersebut sehingga 500%.

Tiga Adun Pakatan Rakyat ditangkap bersama 25 orang lagi ketika Unit Simpanan Persekutuan (FRU) cuba menyuraikan himpunan aman menghalang syarikat pemaju dari memusnahkan kebun getah Kampung Gatco.

Terkenal dengan gelaran “Paus Parti” di kelab-kelab mewah sekitar New York, Jho Low kini didakwa melarikan dana USD 700 juta dari PetroSaudi melalui syarikat miliknya Jynwel Capital Group menggunakan orang kanannya, seorang individu bernama Seet Li Lin.

DAP, melalui inisiatif Projek Impian Sabah menyeru sukarelawan untuk menyertai projek menaiktaraf jalan kampung sepanjang 7.5km di enam buah kampung iaitu Kg Mandamai, Kg Kobon, Kg Dowokon, Kg Maliau Pusat, Kg Maliau Layung dan Kg Perupok) dalam kawasan Pitas di Sabah.

Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming dalam kenyataannya mendesak Najib untuk menjawab sendiri persoalan-persoalan yang timbul melibatkan Jho Low yang didakwa melarikan wang 1MDB sebanyak USD 700 juta dari syarikat PetroSaudi.

Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Kadir digesa menjelaskan langkah Integrax Bhd, syarikat milikan Perak Corporation Berhad (PCB) yang menerima tawaran belian saham dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada harga yang lebih rendah.

Melayu dan DAP

Rencana