Berita Subscribe

Dalam keadaan darurat, tentera dapat dimobilisasi bukan sahaja untuk membantu pihak polis menjaga keamanan tetapi juga untuk membantu mangsa banjir memulakan kehidupan baru dalam masa paling singkat, termasuk membina perumahan sementara bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir.

“Kami menyeru Najib menggunakan sekurang-kurang 10,000 anggota tentera (dari semua kem di Kelantan) supaya terlibat secara besar-besaran membersihkan Kuala Krai dan memastikan makanan dibekalkan ke seluruh pelosok Kuala Krai.

DAP Selangor akan memanjangkan tempoh sumbangan bantuan dan membuka semula tiga pusat pungutan di Ibu Pejabat DAP Selangor, Dewan Orang Ramai Kampung Baru Balakong dan Pusat Khidmat Kinrara.

Dana politik kerajaan berjumlah RM 7.8 bilion harus digunakan untuk projek tebatan banjir, tanpa perlu menunggu Rancangan Malaysia ke-11 yang bermula 2016 nanti.

Rakyat Malaysia sewajarnya menyambut tahun baru secara lebih bermakna dengan berjuang untuk mengekalkan kebebasan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, apabila kita lahir dalam keadaan memiliki peluang saksama untuk menjadi yang terbaik, dengan kedaulatan undang-undang, ketelusan dan pembangunan lestari yang akan menjanjikan masa depan lebih baik untuk anak cucu kita.

Jawatankuasa Misi Kemanusiaan PR Johor telah ditubuhkan dan akan digerakkan bermula 3 Januari ini. DAP Johor sendiri telah mula mengaktifkan 14 pusat pengumpulan sumbangan untuk membantu mangsa banjir sejak tiga hari lalu.

Melayu dan DAP

Rencana