All News Subscribe

Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong hari ini mencabar Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal berdebat mengenai ‘Siapa tokoh pejuang kemerdekaan negara’.

Yuen bukan sekadar mengesahkan insiden kencing di depan kediaman Menteri Besar Selangor pada 13 Mei 1969 itu adalah rekaan semata-mata, malah mengatakan bahawa kalau memang ada orang yang berani berbuat demikian, tidak mungkin orang itu dapat meninggalkan kediaman Menteri Besar Selangor dalam keadaan bernyawa.

DAP menggesa kerajaan agar segera menyelesaikan masalah penempatan guru lepasan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) memandangkan terdapat banyak aduan guru berkelayakan yang masih menganggur.

Lebih mendukacitakan, Guru Besar sekolah itu sendiri tidak menunjukkan keikhlasan dan kejujuran untuk meminta maaf secara terbuka.

Menurut Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok, kenyataan menteri berkenaan yang mahu mereka yang tidak berpuas hati terhadap PPPM boleh menghantar anak mereka belajar ke luar negara tidak boleh diterima sama sekali.

Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jawapan kepada kegagalan polis untu bertindak terhadap kejadian langgar lari yang mengorbankan tiga nyawa, 18 Jun lalu.

Hakikat sebenar sama sekali berlawanan, kerana ketika itu komunis menyeru rakyat supaya memboikot PRU 1969, manakala parti pembangkang yang ikut serta dalam pilihan raya itu dikecam oleh komunis sebagai “juak” dan “boneka” Perikatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji ketika ditemui di Dataran Merdeka malam tadi, berkata perjuangan yang dibawa NGO Himpunan Hijau harus didokong demi masa depan generasi dan bumi Malaysia yang selamat dan bersih selaras dengan aspirasi dan pendirian DAP sendiri terhadap Lynas.

Semua sekolah yang diterima dalam arus perdana sistem pendidikan layak menerima bantuan penuh kerajaan tanpa sebarang syarat. Kerajaan harus menghentikan amalan yang tidak adil dan memberi bantuan penuh kepada semua sekolah jenis kebangsaan.

Saya kesal kerana tahap bahasa Inggeris di kalangan Menteri BN dan media berbahasa Inggeris kawalan BN telah merosot pada tahap yang membimbangkan kerana perbendaharaan kata Bahasa Inggeris mereka amat lemah sehingga tidak memahami makna perkataan diaspora.