Berita Subscribe

Kerajaan Barisan Nasional (BN) nampaknya tidak mempedulikan beban kerja yang terpaksa ditanggung guru apabila melaksanakan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Seramai 246,357 individu telah diisytiharkan muflis secara automatik sehingga hari ini oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) dan mereka tidak boleh ke luar negara.

Peningkatan harga rumah dan keberhutangan isi rumah boleh mengundang risiko kepada sektor kewangan. Kita dapat lihat pertumbuhan pantas dalam pinjaman perumahan yang meningkat pantas berbanding sewaan dan pendapatan dalam dua tahun kebelakangan ini.

Menteri Dalam Negeri disaran meminta maaf kepada bekas Ketua Hakim Negara kerana menghina kepakaran undang-undang beliau dalam memberi saranan supaya menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ( IPCMC).

Tindakan luar biasa dan pelik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Syarikat Penerbangan Malindo menimbulkan tanda tanya kerana syarikat itu belum mendapat kelulusan Kementerian Pengangkutan.

Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching terkejut apabila soalan beliau di Parlimen mengenai jumlah anggota polis di semua lapan jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diubah suai.

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, sudah tiba masanya kerajaan menghapuskan perangai hanya pandai bercakap kosong, memuji diri sendiri dan mencari pelbagai alasan dalam menangani hal yang berkaitan rasuah.

Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong menggesa kerajaan supaya mengadakan ‘moratorium’ untuk mengkaji semula undang-undang hukuman mati mandatori.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, DAP akan membantu dan turut berkempen bagi memastikan calon PAS itu memperoleh kemenangan pada PRK Kuala Besut, 24 Julai ini.

Beliau berkata, walaupun mengalu-alukan kelulusan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menyediakan pasukan polis tambahan namun sekatan terhadap MBPJ dengan hanya membenar menjaga bangunan dan kompleks mahkamah amat tidak masuk akal.