All News Subscribe

UMNO usah bersikap terlalu angkuh sehingga menganggap partinya begitu penting dan tempat bergantung bagi semua rakyat, terutama orang Melayu.

SEAWAL Najib dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2009, beliau sudah menunjukkan taring dan kuku besinya dengan melanyak demonstran perhimpunan aman yang mendesak kerajaan menghapuskan ISA.

Sejuta pengundi Malaysia, kebanyakannya generasi muda daripada pelbagai kaum membantah sejak keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu, menerusi ceramah “Black 505” di seluruh negara membuktikan rakyat ragu terhadap legitimasi Najib sebagai Perdana Menteri.

Tuduhan semberono media kawalan UMNO yang mendakwa Pakatan Rakyat (PR) mahu membuat huru-hara akibat tewas dalam Pilihan Raya Umum ke 13 lalu merupakan satu tuduhan jahat kerana mampu mencetuskan salah faham dan keadaan panik rakyat negara ini.

Semua rakyat Malaysia yang patriotik digesa untuk mendaftar sebagai pemilih bagi menghadapi pilihan raya umum ke 14 akan datang demi menyelamatkan masa depan negara negara dari ditentukan rakyat asing yang ‘dihalalkan’.

Menarik perhatian, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam ucaptamanya semalam memberi penekanan dan galakkan kepada penglibatan golongan muda dan wanita bersama politik, kepimpinan, pengkaderan, pemerkasaan parti dan latihan.

Barisan kabinet Perdana Menteri Najib Razak yang lemah tetapi angkuh memberi kelebihan besar kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang.

Walaupun Pakatan Rakyat menang undi popular dalam PRU 2013, Pakatan Rakyat dan DAP tidak berhasrat untuk menggulingkan kerajaan BN. DAP dan Pakatan Rakyat sentiasa memilih perubahan kerajaan secara aman, seiring dengan peruntukan undang-undang Perlembagaan Persekutuan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya berkata, pihak polis mungkin tidak ada kerja lain selain menyiasat seorang doktor berusia 86 tahun yang juga bekas Ahli Parlimen mengikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah kononnya hendak berkomplot untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan seperti yang terjadi dalam ‘Arab Spring’.

Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong mengutuk dan mengecam tindakan kejam Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang merampas akhbar tabloid The Rocket, Harakah dan Suara Keadilan bertujuan menakutkan masyarakat sebaliknya mahu rakyat taat kepada pemerintahan rejim Barisan Nasional (BN).