All News Subscribe

Isu diskriminasi peluang pekerjaan bukan hanya membabitkan graduan Melayu malah meliputi graduan bukan Melayu meliputi sektor swasta, kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Kit Siang mendakwa Ahmad Zahid pernah disaman seorang ahli perniagaan terbabit, Amir Abdullah Bazli kerana menumbuk muka Amir pada 16 Januari 2006 di Kelab Rekreasi Country Heights, Kajang, sehingga mengalami cedera tulang hidung dan bengkak pada mata.

Najib dan seluruh Kabinetnya harus sedar, 51 peratus majoriti rakyat Malaysia yang tidak memilih BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu bukanlah disebabkan persepsi tetapi realiti yang secara langsung mencorak persepsi negatif rakyat terhadap mereka.

Siapa sangka, kejiranan Padang Jawa mencatat sejarah pada 23 Mac 2013 lalu apabila sebahagian besar dinding tembok dan pagar rumah laluan utama dilakar dengan pelbagai bentuk lukisan mural dan grafiti berwarna-warni membawa mesej sivik mengangkat tema alam sekitar dalam Festival Seni Jalanan Padang Jawa atau lebih dikenali sebagai Padang Jawa Street Art Festival 2013 (PJSAF).

Menurut Loke, Utusan Malaysia semakin melampaui batas walaupun pihak ROS sendiri masih belum membuat apa-apa keputusan.

“Sampai bila Utusan Malaysia mahu berbohong?”, katanya.

“Utusan Malaysia sebagai peneraju Briged DDD telah memecahkan semua rekod pembohongan dengan memenuhkan halaman akhbar itu (dan juga New Straits Times, Berita Harian dan Star) dengan cerita bohong sejak lapan bulan lalu.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akhirnya mengakui projek KLIA2 tergendala teruk setelah berbulan-bulan menafikan kepincangan yang berlaku itu.

Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bermesyuarat hari ini perlu memutuskan samada menyokong atau menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Dakwaan ramai graduan Melayu gagal mendapat pekerjaan di syarikat besar bukan bermakna mereka disisih tetapi disebabkan pelbagai dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak menguntungkan orang Melayu.

Konspirasi yang dibiayai UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk memburuk dan menghancurkan DAP (Pasukan DDD) yang dikawal “bilik perang” PRU-13 UMNO/BN telah digerakkan pada September tahun lalu iaitu lapan bulan sebelum Parlimen dibubar pada April lalu.