Notis tuntutan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Uata Tony Pua tidak menggugat DAP untuk terus membongkar kepincangan dan salahurus pentadbiran 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Najib tidak harus memberikan contoh yang buruk kepada menteri lain dengan melarikan diri dari melaksanakan tanggungjawabnya. Beliau harus membuat kenyataan menteri di Parlimen bagi persoalan mengenai skandal 1MDB.
Beliau berkata, dakwaan kononnya DAP sengaja berbuat demikian untuk mencemar imej dan reputasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terbukti tidak benar kerana Tun Dr Mahathir sendiri turut mempersoalkannya.
Umno sepatutnya membahaskan masalah kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan ekonomi negara dalam Perhimpunan Agungnya minggu depan, bukannya isu seperti sekolah vernakular yang dijamin Perlembagaan.
“Jika saya memberikan fakta salah, tentu Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong menyangkal hujah dan membetulkan saya. Namun, beliau enggan menjawab satu pun soalan saya tentang 1MDB.”
“Dengan anggaran kerugian RM1.3 bilion bagi projek itu, 1MDB membayangkan akan membuat projek lain untuk menampung kerugian. Ini bertentangan dengan jaminan awal, bahawa ia hanya untuk perumahan awam dan mampu milik.”
“Penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman RM6.17 bilion (daripada Maybank Investment Bank pada 2012) yang patut dibayar November 2013, serta kegagalan membayar RM317 juta pembelian tanah daripada Tadmax Resources Berhad selepas tiga kali tertangguh, menunjukkan 1MDB memang bermasalah.
“Selepas membayar deposit 10 peratus pada Februari 2014, 1MDB tidak mampu membayar baki transaksi, walaupun lanjutan tarikh akhir dibuat dari 20 Ogos hingga 30 Oktober kepada 10 Oktober dan terakhir 31 Oktober,” kata Pua dalam satu kenyataan.
“Dengan penafian rasmi oleh Kerajaan Malaysia tentang kewujudan surat tersebut di Parlimen, surat disiar oleh Goldman Sachs International ini tentulah palsu, manakala usaha mengumpul dana adalah penipuan,” kata Pua dalam satu kenyataan.
“Adalah mengejutkan apabila syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang diterajui Menteri Kewangan dan Perdana Menteri melakukan pelanggaran di bawah Akta Syarikat .”