All posts tagged 'DAP'

DAP hanya hadir mesyuarat Pakatan dengan kehadiran Presiden PAS

Berhubung dengan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang dicadangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diadakan sebelum 10 Februari 2015, DAP memberikan komitmen akan menghadiri mesyuarat tersebut sekiranya PAS juga memberikan komitmen bahawa Presiden PAS akan menghadiri mesyuarat tersebut.

Tiga cabaran DAP

Kita lupa bahawa DAP secara prinsipnya adalah parti berbilang kaum. Asas pegangan DAP yang tercatat di dalam Deklarasi Setapak 1967 tidak pernah berubah sehingga kini. DAP berjuang untuk menegakkan demokrasi di bumi Malaysia.

ANALISA BERITA – Jika ROS masih keliru, hubungi Peguam Negara

Namun nampaknya ROS tidak habis-habis lagi mahu bercakaran dengan DAP, walaupun hal tersebut sudah selesai di mahkamah.

MB Selangor: DAP dan PKR kekal dengan Wan Azizah

DYMM Tuanku Sultan Selangor turut menitahkan Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari satu nama dalam melantik MB pada tahun 2013.

Susulan itu, mengambil kira titah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan MB, Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan.

Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Pemecatan Exco Selangor tidak sah, Pakatan minta semua kekal bertenang

DAP dan PKR dalam sidang media bersama tersebut menyatakan bantahan kepada keputusan yang dibuat Khalid Ibrahim.

Khalid perlu buktikan dapat sokongan, panggil sidang DUN

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan bersama berkata, Khalid perlu memanggil sidang Dewan Undangan Negeri untuk membuktikan bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

MB Selangor: DAP, PAS tentukan dalam masa terdekat

“DAP dan PAS secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah daripada PKR,” kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Godaan dan politik

Negara ini akan hanya maju apabila lebih separuh daripada warganya diwakili secara saksama. Wanita tidak harus diperlekehkan dengan memberi tumpuan hanya kepada rupa mereka. Masyarakat sepatutnya memberi galakan apabila mereka terjun ke dalam dunia politik.

Terus mara teroka ruang sokongan baru – Guan Eng

Berucap dalam Sidang Pimpinan DAP semalam, Setiausaha Agung Lim Guan Eng berkata, seluruh anggota perlu menunjukkan DAP adalah parti yang mewakili seluruh rakyat Malaysia, sebagaimana tujuan penubuhannya 48 tahun yang lalu.

Sosial demokrasi dan keterbukaan rakan politik DAP – oleh Ahmad Tajuddin Abdullah

Namun begitu persoalan yang wajar ditanya kepada parti, adakah wacana sosial demokrasi yang didamba DAP benar-benar mekar dalam kalangan ahlinya sendiri khususnya dan masyarakat Malaysia umumnya?