All posts tagged 'Hudud Kelantan'

Isu Hudud: Najib langgar pendirian lima Perdana Menteri negara

“Selama hampir 60 tahun, setiap Perdana Menteri jika ditanya tidak akan teragak-agak untuk mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 tidak akan membenarkan pelaksanaan undang-undang hudud,” jelas Kit Siang.

Mengapa saya menolak “hudud Pas”

Pertamanya, saya ingin menegaskan bahawa enakmen yang dirangkakan Pas ini bukan hukum Allah yang kudus, tetapi undang-undang yang sudah terbancuh dengan pentafsiran manusia. Hukum yang diturunkan dalam al-Quran cukup lengkap dan tidak boleh dipinda, sedangkan hudud yang dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ini jelas jauh daripada sempurna.

DAP Sabah beku kerjasama dengan PAS, cabar BN Sabah nyata pendirian tentang ‘Hudud Kelantan’

DAP Sabah hari ini membekukan sebarang kerjasama dengan PAS Sabah sekaligus mencabar Barisan Nasional Sabah menyatakan pendirian tentang pelaksanaan ‘Hudud Kelantan’.

Hudud: Antara igauan dan realiti

Inilah rupa sebenar UMNO yang hanya memperjuangkan golongan kroni dan pengampu mereka sahaja. UMNO sanggup berbuat apa sahaja di saat getir, bekerjasama dengan UMNO ibarat kata pepatah Melayu – bagai lepaskan anjing tersepit.

Hudud Kelantan tak selari Perlembagaan, boleh ‘tamatkan’ persekutuan Malaysia

“Untuk menggunakan Artikel 76A iaitu “Kuasa Parlimen untuk meluaskan kuasa-kuasa badan legislatif” dengan memindah kuasa pusat bagi undang-undang jenayah kepada negeri akan memusnahkan Perlembagaan Persekutuan dengan taktik ikut pintu belakang,” tegas Foong Hin.