All posts tagged 'Idris Jusoh'

DAP nasihat Idris Jusoh berhenti perbodohkan rakyat dan diri sendiri

“Dengan melaungkan beberapa kejayaan yang dipilih dan mengabaikan kelemahan asas sistem pendidikan secara keseluruhan, Idris berkemungkinan memperbodohkan dirinya sendiri dan lebih teruk lagi mahu mengheret rakyat bersamanya,”

Idris Jusoh jadikan Malaysia bahan lawak dunia

Pada dasarnya, taraf pendidikan negara memang mempunyai ruang untuk diperbaiki tapi dengan mengatakan bahawa ia bertaraf dunia adalah terlalu jauh dari kebenaran dan hanya menambah senarai panjang kenyataan menteri-menteri yang sekali lagi melonjakkan nama Malaysia sebagai bahan lawak jenaka dunia.

Ranking IPT Malaysia: Idris Jusoh rujuk institusi tidak konsisten dan tiada integriti

Dengan merujuk hanya satu institusi seperti ‘Quacquarelli Symonds Ranking by Subject’ (QS) sebagai pengukur mutu pengajian tinggi, Menteri Pendidikan II Datuk Idris Jusoh berlaku tidak jujur menilai mutu pengajian Malaysia.

Idris Jusoh guna hujah dangkal terang kualiti pengajian tinggi Malaysia

Ahli Parlimen DAP Serdang Dr Ong Kian Ming dalam kenyataannya hari ini mengatakan logik Idris itu dangkal dan membingungkan kerana peratusan menunjukkan pelajar asing di Malaysia lebih cenderung memilih universiti swasta (IPTS) dari IPTA untuk menyambung pendidikan mereka.

Benarkan guna keputusan percubaan SPM mohon masuk pra-universiti

Justeru, jika kementerian merasakan penggunaan keputusan percubaan SPM untuk memasuki pra-universiti dan program asasi tidak konsisten dengan ‘amalan terbaik’ MQA, peratusan dan bilangan pelajar memasuki program pra-universiti dan kemudiannya tidak memenuhi syarat minima perlu didedahkan.