Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri menyeru orang Melayu memboikot peniaga Cina menimbulkan perasaan benci dan dengki di kalangan orang Melayu terhadap bukan sahaja peniaga Cina, tetapi orang Cina secara umum.
Seruan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada pengguna Melayu memboikot perniagaan kaum Cina untuk memberi tekanan supaya harga barang di pasaran jatuh adalah usaha mengalihkan kelemahan Kementerian Pertanian dan Asas Tani.
Isu kenaikan harga barang bukan disebabkan oleh identiti kaum dan agama. Tetapi disebabkan oleh kegagalan kerajaan Barisan Nasional untuk mengawalselia dasar-dasar ekonomi dengan baik.
Selepas PRU 13 yang lalu, Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia, secara terbuka menyalahkan rakyat Malaysia berketurunan Cina atas kegagalan BN meraih dua pertiga majoriti di Parlimen.