All posts tagged 'Khalid Ibrahim'

Khalid Ibrahim letak jawatan MB Selangor

Perkembangan ini juga menandakan tiadanya Pilihanraya Negeri di Selangor, yang sebelum ini disebut-sebut sebagai jalan terakhir bagi menyelesaikan kemelut itu.

Bawa usul ‘undi percaya’ kalau berani, kata Kit Siang kepada Khalid

Khalid berhadapan dengan pilihan sukar untuk menyelamatkan saki-baki kehormatan politik dan peribadinya dengan cara meletakkan jawatan secara baik atau mengusulkan ‘undi percaya’ pada sidang DUN. Jika tidak, beliau akan meninggalkan reputasi politik buruk tanpa sebarang kehormatan, etika atau prinsip

Khalid Ibrahim berbohong dengan Tuanku Sultan – Guan Eng

“Khalid Ibrahim bohong kepada Tuanku. Dia tidak ada majoriti di Dewan Negeri. Hari ini kita telah tunjukkan bahawa Pakatan Rakyat mempunyai majoriti dengan 30 orang Adun,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, mengecam keras tindakan Khalid Ibrahim berbohong kepada Sultan demi mengekalkan kuasanya.

Khalid Ibrahim hina sistem demokrasi negara

“Kerajaan yang hanya disokong oleh 16 ahli tidak boleh memegang tampuk pemerintahan, ini jelas amat mengelirukan,” kata sebelas badan bukan kerajaan hari ini, yang menuntut Tan Sri Khalid Ibrahim agar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

DAP sokong penuh pertukaran MB, mohon Khalid letak jawatan serta merta

Khalid tidak lagi mempunyai mandat demokrasi dan kuasa yang sah untuk kekal sebagai MB Selangor berikutan penyingkiran dari PKR dan beliau harus meletakkan jawatan serta merta.

Air Selangor: ‘Kami sudah beri cadangan, tapi tak dilayan’ – Tony Pua

Beliau merujuk cadangan Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming agar ditubuhkan Jawatankuasa Kerja yang dianggotai Khalid sendiri serta Adun dan pegawai kerajaan yang terpilih, serta perancangan luar jangka bagi menangani masalah itu. “Malah, cadangan Adun Selangor agar ditubuhkan Jawatankuasa Terpilih Khas ketika krisis air memuncak awal tahun ini juga tidak dipedulikan.”

MB Selangor setuju tangguh perjanjian air, beri taklimat kepada pimpinan PR malam ini

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersetuju menangguhkan keputusan menandatangani perjanjian awal penstrukturan air Selangor, dan memberi taklimat kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat berhubung isu itu terlebih dahulu.

Cara sopan dan beradab membantah konsert – oleh Mazir Ibrahim

Satu konsert yang dinamakan MTV World Stage akan diadakan di I-City yang letaknya di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor pada Julai ini. Dan ia dibantah oleh Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad atas alasan lokasinya tidak mempunyai infrastuktur sesuai untuk mengadakan konsert.