All posts tagged 'kronisme'

DAP Sarawak mohon SPRM siasat tender ‘jemputan’

DAP Sarawak telah memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek jalan bernilai ratusan juta ringgit, yang pada asalnya melalui tender terbuka namun ditukar secara rahsia kepada tender terpilih atau ‘jemputan’ oleh Kementerian Kewangan.

‘Tender terbuka’ projek jambatan Samarahan RM150 juta hanya pada kroni?

Ketiga-tiga projek telah diiklankan oleh JKR dalam kebanyakan akhbar tempatan sebagai tender terbuka. Tetapi selepas ramai kontraktor mengemukakan dokumen, secara tiba-tiba ia ditukar kepada ‘tender jemputan’ oleh Kementerian Kewangan dengan hanya 10 kontraktor dijemput.

BN terus ‘curi’ duit rakyat ketika kenaikan harga barang, hutang – Guan Eng

Lim Guan Eng mengecam kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana tidak memerangi rasuah sebaliknya membiarkan kroni dan keluarga BN terus ‘mencuri’ duit rakyat ketika rakyat sedang bergelut dengan kenaikan harga dan hutang sebanyak 83.5 % daripada hasil KDNK