All posts tagged 'kuku besi'

Logik kukubesi di sebalik kegilaan Akta Hasutan

Ikrar Najib sebelum ini untuk memansuhkan Akta Hasutan dan menjadikan Malaysia ‘negara demokrasi terbaik di dunia’ punah apabila pentadbirannya melakukan pendakwaan di bawah Akta Hasutan terhadap pemimpin pembangkang, paling banyak berbanding mana-mana Perdana Menteri Malaysia.

Permulaan era kuku besi Najib

Ini adalah kemuncak ironi kerana Najib, pada Julai 2012, telah mengumumkan yang Akta Hasutan akan dimansuhkan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai “negara demokrasi terbaik di dunia,” namun hakikatnya beliau mencipta rekod baru menggunakan akta itu terhadap Ahli Parlimen dan Adun.