All posts tagged 'Lim Guan Eng'

Awas taktik ‘pecah-belah’ BN guna PRK Chempaka dan Permatang Pauh

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, UMNO dijangka mendalangi plot baru untuk melemahkan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan perpecahan dan kesangsian, antaranya melalui helah tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Chempaka di Kelantan, manakala berusaha sedaya-upaya memenangi Parlimen Permatang Pauh.

Ubah rasa hampa menjadi tekad perjuangan – Guan Eng

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyeru penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara tidak berasa hampa dan bersedih dengan keputusan perbicaraan kes Fitnah 2 ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pilihanraya PBT: DAP sedia bincang dalam mesyuarat Pakatan minggu depan

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, tidak kira penyelesaian boleh dicapai atau tidak, ia mustahak dibincangkan terlebih dulu yang melibatkan ketiga-tiga parti, selaras dengan prinsip keputusan secara muafakat.

Pulau Pinang puji tindakan awam tangkap lelaki lempar daging babi ke dalam masjid

Kerajaan Negeri Pulau Pinang memuji jemaah Masjld Telaga Air di Butterworth atas kejayaan mereka memberkas seorang lelaki yang telah melempar satu bungkusan yang dipercayai mengandungi daging babi ke dalam kawasan masjid tersebut awal pagi ini.

Perayaan Thaipusam, peringatan tolak ekstremisme agama dan perkauman

Dalam perutusan sambutan hari Thaipusam, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata penyertaan minoriti India dalam proses demokrasi adalah demi hak asasi, kebebasan berpolitik dan sivil serta kepentingan ekonomi semua warga terjamin.

Politik konfrontasi alih isu hutang negara, ketirisan dan ekonomi rakyat

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, masalah ekonomi rakyat di negara ini harus lebih utama dibincangkan, antaranya termasuk soal hutang isi rumah Malaysia pada kadar 87.1 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang sehingga September 2014 adalah tertinggi di Asia.

Pusat harus contohi amalan CAT Pulau Pinang

“Kita harap akan ada ‘pahlawan terbilang; dari Jabatan Audit Negara yang mampu ‘menyembelih; ‘drakula’ korupsi ini, sebelum mereka menghisap semua dana perbendaharaan negara hingga kering,” tegas Setiausaha Agung DAP itu.

Delegasi P Pinang ke Hong Kong dan Taiwan, lebar potensi pelaburan

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan mengetuai delegasi misi pelaburan ke Hong Kong dan Taiwan bagi mempererat hubungan dagang bersama pelabur-pelabur di sana.

Kes Guan Eng saman NGO, FMT tangguh ke 27 Feb

Kes saman Ketua Menteri, Lim Guan Eng ke atas penasihat NGO Citizens Awareness Chant Group (Chant), Dr Jimmy Lim Cheok Sim dan pemberita Free Malaysia Today (FMT), Athi Shankar ditangguh ke 27 Februari depan, menurut laporan Buletin Mutiara.

Pulau Pinang kaji tindakan undang-undang cabar pelaksanaan GST

Kerajaan Pulau Pinang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mencabar keputusan Pusat melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) April nanti, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.