All posts tagged 'Lim Guan Eng'

Kempen kebencian berterusan selagi tiada tindakan – Guan Eng

Siri provokasi dan kempen kebencian oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap kebebasan dan keharmonian awam tidak akan berakhir selagi pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang terbabit.

Kerugian besar MAS cukup untuk biayai BR1M RM1,200

Kerugian besar berjumlah RM4.1 bilion yang dialami oleh Malaysia Airlines (MAS) adalah cukup untuk membiayai pemberian BR1M sebanyak RM1,200 sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto PRU13 Barisan Nasional, dan bukannya sekadar RM650.

Pencemaran Sungai Batu Ferringhi: IWK, Jabatan Alam Sekitar dituntut dedah punca sebenar

Indah Water Konsortium (IWK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak boleh lari daripada menyatakan kepada rakyat Pulau Pinang punca sebenar berlakunya pencemaran air Sungai Batu Ferringhi dan pantainya serta langkah pencegahan yang dilaksanakan.

Kerajaan Pulau Pinang mahu bina sekolah Tamil, Putrajaya tolak

Guan Eng berkata, tawaran ikhlas kerajaan negeri untuk menyediakan sebidang tanah bagi membina sekolah berkenaan langsung tidak dipertimbangkan oleh Putrajaya, apatah lagi MIC.

Pulau Pinang tidak lulus kasino kerana banyak kemudaratan daripada kebaikan: Guan Eng

Lim Guan Eng berkata, walaupun manfaat ekonomi daripada kasino berlipat kali ganda, kesan sosial dan rohani adalah terlalu berat dan tinggi untuk ditanggung masyarakat pelbagai budaya dan majmuk di negeri Pulau Mutiara itu.

Fitnah perisik Singapura: Guan Eng heret Utusan, NST dan Perkasa ke mahkamah

Ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, beliau menegaskan bahawa fitnah yang mengatakan beliau seorang perisik Singapura dan pengkhianat memberi kesan amat buruk kepada dirinya.

Wartawan akui laporan dakwaan pertemuan rahsia Guan Eng dan PAP sebabkan kesetiaan kepada negara dipertikai

Guan Eng dalam kenyataan tuntutannya menyifatkan kenyataan itu berniat jahat untuk merosakkan imejnya, agar BN dapat merampas kembali Pulau Pinang pada PRU lalu.

Insiden lempar daging babi: Ketua Menteri gesa warga P Pinang bertenang

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta semua rakyat negeri itu bertenang dan meneruskan kehidupan seperti biasa, di sebalik provokasi kaum dan agama yang masih berterusan.

DAP anggap Wee Ka Siong khianati rakyat Malaysia, masyarakat Cina

MCA dan BN lah yang sepatutnya memohon maaf kepada semua warga Malaysia kerana menaikkan harga barang dan kejatuhan nilai Ringgit seperti yang dapat dilihat dalam nilaian paling rendah masa kini; RM2.62 bagi setiap Dolar Singapura.

Guan Eng cabar Muhyiddin tidak naikkan tol sehingga PRU-14

Tindakan kerajaan ini merupakan satu taktik oportunis yang jelas bertujuan untuk cuba memenangi hati dan undi di Kajang. Bolehkah Muhyiddin memberi jaminan bahawa tidak akan ada kenaikan sehingga PRU-14 nanti?