Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menuntut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana menipu mengenai jumlah peruntukan bantuan banjir yang kononnya berjumlah RM800 juta.
Majlis Keselematan Negara (MKN) seolah-olah tidak mengaku arahan tidak jelas, selain kecelaruan komunikasi apabila Perdana Menteri mengakui banjir kali ini adalah bencana besar hanya pada hari keempat selepas pulang dari Hawaii.
“Mereka (MKN) sehingga bersusah payah menyebut nama saya sebanyak empat kali dalam kenyataan panjang lebar, menuduh kritikan-kritikan itu sebagai ‘hanya membuat kenyataan dari bangku simpanan’ dan ‘penuh kesombongan’.
Bolehkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperjelaskan sama ada Kabinet akan bermesyuarat esok, atau adakah ini tidak akan berlaku kerana ramai Menteri masih lagi bercuti di luar negara?