Bermula dari program pengisian harian RTM sejak awal pagi sehingga lewat tengah malam, pada bahagian manakah RTM layak menerima pujian? Beritanya? Atau drama-dramanya? Atau diskusi-diskusi isu semasanya? Atau video pengumuman waktu solatnya sahaja?
Sementara kita menghormati wartawan yang bergelut untuk mempertahankan integriti di bawah kawalan regim BN, kita juga perlu sedar bahawa media ada tanggungjawab moral untuk menyatakan kebenaran tanpa takut dan pilih kasih.
Jadi timbul persoalan mengenai sikap tidak serius dalam kalangan media arus perdana Malaysia yang diharapkan menjadi lapangan utama rakyat untuk mendapatkan maklumat dan belajar sesuatu daripada kes kehilangan pesawat ini.
Kerajaan BN sekali lagi menunjukkan sikap tiada tolak ansur kepada kebebasan media, apabila melarang stesen radio Business FM (BFM) menyiarkan wawancara bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Memandangkan sebarang tapisan adalah melanggar komitmen kerajaan di bawah Rang Jaminan MSC untuk tidak menapis internet, Shabery patut menjelaskan dengan bukti sama ada adakah sekatan itu benar berlaku.
Insiden sekatan laporan ‘kangkung’ BBC memperlihatkan pengkhianatan Kerajaan Barisan Nasional dalam komitmennya terhadap kebebasan internet dan media sosial, yang menjadi tunjang kepada kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.
Kita lihat sendiri bagaimana penguasa menjatuhkan musuh politik, mengada-adakan ketakutan bersama masyarakat. Ini semua berlaku di hadapan mata kita sendiri. Dan mata kita tak terbeliak pun ketika melihatnya.