All posts tagged 'Menteri Besar Selangor'

MB Selangor: Kit Siang minta Adun Pakatan nyatakan pendirian segera

Dengan pengisytiharan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa 12 ADUN BN menyatakan sokongan kepada Khalid, semua 43 Adun Pakatan – daripada PKR, DAP dan PAS perlu segera menyatakan pendirian jelas mereka.

DAP sokong penuh pertukaran MB, mohon Khalid letak jawatan serta merta

Khalid tidak lagi mempunyai mandat demokrasi dan kuasa yang sah untuk kekal sebagai MB Selangor berikutan penyingkiran dari PKR dan beliau harus meletakkan jawatan serta merta.

PR akan selesai isu pertukaran MB dengan semangat bersama

“Kami beriltizam meneruskan perjuangan ini dengan mengukuhkan persefahaman dan setiakawan koalisi politik dalam kerangka Dasar-Dasar Bersama,” kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan bersama.

Apa masalahnya jika wanita jadi MB?

“Pendapat yang mendiskriminasi seseorang berasaskan gender bukan sahaja bersifat feudal dan ketinggalan zaman, malah turut bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.