All posts tagged 'MH17'

Himpunan ‘sekuntum bunga, solidariti buat MH17’ di Ipoh 22 Julai ini

Menurut Howard Lee, Setiausaha DAPSY Perak, majlis tersebut juga sebagai pemangkin oleh warga Ipoh kepada masyarakat antarabangsa supaya bersama memberi tekanan kepada pihak berkenaan agar keadilan dituntut kembali dan kebenaran di sebalik kejadian dapat ditemukan.

DAP mohon sidang tergempar turut bincang misteri MH370

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, mesyuarat tergempar Rabu ini perlu mempunyai dua usul berasingan kerana dalam tempoh kurang lima bulan, dua kali bencana udara menimpa Malaysia oleh syarikat penerbangan sama yang meragut 537 nyawa daripada 10 negara.

MH17: Pulau Pinang kibar bendera setengah tiang

Sebagai penghormatan kepada 298 mangsa yang terkorban dalam tragedi MH17 semalam, kerajaan Pulau Pinang memutuskan untuk mengibarkan bendera setengah tiang selama tiga hari, bermula hari ini.

Serangan terhadap MH17, DAP gesa siasatan antarabangsa

“Masyarakat antarabangsa perlu mengutuk dan menuntut siasatan antarabangsa terhadap pembunuhan yang meragut 298 nyawa serta membawanya ke muka pengadilan, tidak kira sama ada pesalahnya adalah Russia, pemisah Ukraine pro-Russia atau Ukraine.