Dalam kenyataan yang ditandatangani oleh Ketua DAPSY Teo Kok Seong, Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat, mereka mendesak polis menghentikan tangkapan aktivis perhimpunan berkenaan.
Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC Selangor) mengecam tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menahan Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia berhubung siasatan perhimpunan aman #KitaLawan yang diadakan 7 Mac lalu.