All posts tagged 'parti kaum'

Saya tidak pernah minta PAS dibatalkan pendaftaran – Karpal Singh

Saya tidak langsung menyeru supaya PAS dibatalkan pendaftarannya di dalam sidang media itu. PAS seharusnya sudah boleh menunjukkan keikhlasannya dengan menjadikan DHPP sebagai ahli penuh parti.

Kenyataan Media Karpal Singh, Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor pada 8 November 2013 di Kuala Lumpur

Saya tidak meminta PAS dibatalkan pendaftarannya malah memberikannya talian hayat dengan menyatakan bahawa PAS telah sedar keperluan berbilang kaum dengan mewujudkan DHPP.