All posts tagged 'skandal 1MDB'

DAP desak 1MDB dedah perjanjian sulit dengan Ananda Krishnan

“Walaupun rakyat Malaysia terdiri dari orang yang baik, murah hati, dan pemaaf, tapi tiada siapa boleh membayangkan mana-mana jutawan tempatan akan memberi pinjaman berbilion ringgit kepada sebuah anak syarikat milik penuh kerajaan tanpa sebarang ikatan,” kata Tony.

Ke mana CEO 1MDB hilangkan diri?

“Oleh itu saya ingin bertanya, bilakah 1MDB akan memberi keterangan kepada PAC? Atau adakah CEO baru 1MDB telah membuat keputusan bahawa ‘penelitian awam mengenai 1MDB bukan lagi satu perkara yang baik’?” soalnya.

Najib didakwa sembunyi maklumat pelaburan 1MDB kepada Dewan Rakyat

Dengan hanya menyatakan ‘syarikat berlesen di Kepulauan Cayman’, ia tidak melegakan rakyat yang membayar cukai. Apa sebenarnya yang terlalu rahsia tentang pengurus dana itu, sehingga namanya kekal rahsia sulit dan tidak boleh didedahkan.

Beri projek pada kroni, amalan ekonomi ‘kangkung’ Najib Razak -Tony Pua

Penganugerahan pelbagai projek berbilion ringgit kepada syarikat kroni memperlihatkan dengan jelas amalan ekonomi ‘kangkung’ pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Laporan tahunan Tadmax bukti nilai tanah dibeli 1MDB naik mendadak

Tony Pua hari ini mengemukakan Laporan Tahunan Tadmax Resources Berhad, yang membuktikan nilai tanah 310 ekar di Pulau Indah yang dibeli 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memang naik mendadak dalam masa dua setengah tahun.

Pembelian tanah di Pulau Indah, satu lagi projek pembaziran 1MDB

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempertikai pengambilalihan tanah oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Pulau Indah, Klang yang menimbulkan banyak persoalan.

Skandal 1MDB: Tukar juruaudit setelah akaun hampir setahun tertangguh bukan ‘amalan terbaik’

Tony Pua menyifatkan tidak ada ‘amalan terbaik’ di dunia ini yang mengatakan bahawa ia adalah perkara biasa untuk secara mengejut menukar juruaudit lama selepas akaun tertangguh.

Projek jana kuasa 3B: Usaha terdesak selamatkan hutang 1MDB RM40 bilion

Projek tenaga misteri ini melipatgandakan skandal pelaburan 1MDB sebelum ini iaitu sebanyak US$2.3 bilion (RM7.63 bilion) di Pulau Cayman yang berpunca daripada pelaburan usahasama dengan PetroSaudi International Limited.

Skandal 1MDB: DAP gesa kerajaan perjelas peningkatan RM2.4 bilion pembiayaan penempatan semula unit pertahanan

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua menggesa kerajaan memberi penjelasan berhubung peningkatan besar pembiayaan penempatan semula unit pertahanan di Sungai Besi.