All posts tagged 'SPRM'

Di hari ulang tahun kelahiran Beng Hock, DAP minta SPRM siasat Najib dan Rosmah

Dalam satu kenyataan bersama yang dipetik menyatakan, berbanding mendiang Teoh yang disoalsiasat selama 12 jam tanpa henti, Najib dan Rosmah terlepas dari sebarang siasatan, sedangkan kedua mereka dilaporkan berbelanja mewah dan membeli aksesori mahal seperti didedahkan akhbar utama AS, The New York Times (NYT).

Isu Beng Hock: DAP pertikai tindakan kerajaan pertahan kenaikan pangkat pegawai SPRM

“Kepakaran apa yang dimiliki Hishamuddin sehingga Razali mengatakan bahawa beliau berhak untuk dinaikkan pangkat?

Himpunan “Justice is Dead” esok: DAP seru rakyat berhimpun di pejabat SPRM

Sebuah himpunan aman “Justice is Dead” akan dianjurkan DAP bagi menuntut keadilan ke atas kematian mendiang Teoh Beng Hock pada jam 10.30 pagi esok di pejabat SPRM, Plaza Masalam Shah Alam esok.

Indeks saham Malaysia terburuk di Asia Pasifik, akan lebih teruk jika skandal 1MDB tak didedah

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, 1MDB bakal mengulangi apa yang berlaku terhadap saham Bumiputera bernilai RM52 bilion dan skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM13.5 bilion.

Masih banyak ruang untuk tangani rasuah dalam negara

Walaupun kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (CPI, TI) bertambah baik, masih banyak yang boleh dilakukan untuk membuktikan perubahan tersebut bukan sekadar publisiti kerajaan.

Kes pembalakan haram, penyelewengan Yayasan Sabah dilapor ke SPRM

Pengerusi DAP Negeri Jimmy Wong Sze Phin, Timbalan Pengerusi Stephen Wong Tien Fatt dan Naib Pengerusi Chan Foong Hin semalam membuat laporan kepada SPRM di Putrajaya dan menggesa pihak berkenaan segera menjalankan siasatan.

DAP Sarawak mohon SPRM siasat tender ‘jemputan’

DAP Sarawak telah memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek jalan bernilai ratusan juta ringgit, yang pada asalnya melalui tender terbuka namun ditukar secara rahsia kepada tender terpilih atau ‘jemputan’ oleh Kementerian Kewangan.

Polis diminta henti ‘main wayang’, siasat segera punca kematian Beng Hock

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam semalam, sebagai susulan kepada keputusan Mahkamah Rayuan yang sebulat suara mengenepikan keputusan Mahkamah Koroner dan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

KPN mesti minta maaf, buka semula kertas siasatan kematian Beng Hock

Terdapat kegagalan keadilan dalam pengendalian kes Teoh Beng Hock,” ujar Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching, memetik penghakiman Mahkamah Rayuan hari ini yang sebulat suara memutuskan mahkamah koroner dan Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam memutuskan kes Beng Hock.

Najib wajib kotakan janji, hukum segera menteri kebas duit projek NFC

Masa untuk Najib bercakap sudah berakhir, sebaliknya beliau harus membuktikan bahawa rakyat masih boleh bergantung bukan sekadar beretorik kosong.