All posts tagged 'Tawau Green Energy'

Buktikan pembinaan tapak kilang geoterma tak jadi projek balak

“Kalau sudah lihat barulah boleh percaya. Sudah berulang kali saya mencadangkan lawatan bersama ke sana kerana pembersihan kawasan di sana sering dikatakan melibatkan pembalakan secara meluas,” kata Naib Pengerusi DAP Sabah Chan Foong Hin dalam satu kenyataan.

Proses bersih tapak kilang TGE jadi projek balak?

DAP Sabah mempersoalkan kenyataan bercanggah Timbalan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Pang Yuk Ming berhubung kontroversi pembalakan haram di tapak projek kilang geoterma Tawau Green Energy (TGE).

Pembalakan di tapak kilang Tawau Green Energy, kenyataan JPS mengelirukan

Ahli Dewan Undangan Seri Tanjong Chan Foong Hin meminta Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) tidak mengelirukan orang ramai dengan memberi penerangan bercanggah berhubung kegiatan pembalakan di Hutan Simpan Andrassy di Taman Bukit Tawau.

DAP bantah pembalakan haram di tapak projek Tawau Green Energy

Adun Sri Tanjong Chan Foong Hin membantah keras aktiviti pembalakan haram di tapak projek kilang geoterma Tawau Green Energy (TGE) yang menyebabkan banjir hingga menjejaskan kehidupan lebih 600 penduduk.