All posts tagged 'Tengku Zulpuri'

Taman riadah terus berpagar, jejas kegiatan penduduk

“Tetapi kegiatan sosial dan riadah yang sebelum ini rancak di sini terus terganggu. Kemana lagi mereka harus mengadu?” soal Adun Mentakab Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Taman riadah jadi stor swasta, PBT perlu hentikan pembinaan segera – Adun Mentakab

“Penduduk di sini rasa ditipu, sememangnya kawasan perumahan yang besar (seperti Taman Rimba) memiliki kemudahan asas seperti kawasan riadah ini. Maka saya memohon MPT mengeluarkan arahan sementara menghentikan kerja-kerja tanah sehingga satu penyelesaian menyeluruh dicapai,” kata Adun Mentakab Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Taman riadah jadi stor barang, ADUN Mentakab minta PBT jawab

Dalam satu kenyataan kepada Roketkini katanya, beliau sendiri melawat taman riadah tersebut di Tanah Lot bernombor 2958, Taman Rimba, di sini tengah hari tadi dan mendapati sebuah papan tanda dinaikkan atas nama cadangan projek ‘Cadangan Membina Setor Menyimpan Barang-barang Runcit’.

Adun Mentakab mohon sumbangan bantu anak yatim hidap penyakit misteri

Lebih menghibakan, beliau bersama ibu dan tiga beradiknya yang lain bergantung harap kepada abang sulung berusia 19 tahun yang mengambil upah kerja kampung, selain menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Rakyat tanggung menteri 12 bulan setahun – Tengku Zulpuri

“Setiap tahun, rakyat membayar cukai pendapatan dan pelbagai cukai lain. Malah gaji menteri sendiri dibayar melalui kutipan itu.

Tolak cadangan Lynas bina jalan raya guna sisa radioaktif

Menurut Tengku Zulpuri, cadangan yang dikemukakan oleh Lynas itu perlu dipandang serius oleh kerajaan negeri kerana boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan seluruh rakyat di negeri ini.

Ubah kaedah agih zakat, pegawai kena turun padang cari asnaf

“Buat masa ini, mereka bergantung kepada laporan ketua kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Jadi ada pengaruh peribadi, seperti ada kes yang tak dilaporkan kerana hubungan dengan ketua kampung kurang baik, atau kaum kerabat sendiri lebih diutamakan,”