Sekolah Demokrasi

tiles_sekdem2b

Apakah itu Sekolah Demokrasi?

Bengkel dua hari dua malam mendedahkan para peserta kepada hal-hal kenegaraan, demokrasi dan politik dengan kaedah santai dan sekali-sekala menghiburkan. Diadakan dalam tiga tingkatan. Tingkatan satu menumpukan kepada idea-idea dalam politik dan cabaran-cabaran semasa. Tingkatan Dua mendekatkan peserta kepada soal-soal perlaksanaan idea dan realpolitik. Tingkatan Tiga melatih peserta untuk bergiat di lapangan.

Mengapa perlu menyertai Sekolah Demokrasi?

Menjadi sekadar penonton politik di negara ini akan mudah menimbulkan rasa bosan dan jemu kerana yang lazim dipaparkan adalah pertelingkahan dan soal-soal permukaan. Anak muda perlu didedahkan dengan latihan mencukupi untuk mendalami politik idea dan melihat usaha pendemokrasian dari sudut berbeza.

Peserta Sekolah Demokrasi juga akan berpeluang menjadi sebahagian dari jaringan keluarga Sekolah Demokrasi yang terdiri daripada anak-anak muda pelbagai latar belakang dan aktif membincangkan isu semasa.

Siapa yang boleh sertai Sekolah Demokrasi?

  • Berusia antara 18 – 30 tahun.
  • Warganegara Malaysia.
  • Bersedia untuk memberikan komitmen penuh selama dua hari dua malam.

Bilakah acara Sekolah Demokrasi yang akan datang?
Rujuk laman Facebook SEKOLAH DEMOKRASI