Beliau berkata, dalam keadaan sekarang, agenda tunggal harus diberikan tumpuan dengan menitikberatkan usaha menyelamatkan ikatan bersama dan menghentikan sebarang usaha menjejaskan kestabilan serta merosakkan PR seperti hudud.
“Kalau mereka menitikberatkan perpaduan, saya seru Umno dan BN untuk tidak menghampiri Chempaka dan Permatang Pauh,” ujar Ahli Parlimen Gelang Patah tersebut.
Pemuda DAPSY terkejut dan kesal dengan kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa matlamat menawan Putrajaya merupakan perkara kedua selepas pelaksanaan hudud.