Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata, EDL sepanjang 8.1 kilometer yang dibina Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dengan kos RM1.2 bilion (RM148.15 per kilometer) bakal mengutip RM4.3 bilion sepanjang 34 tahun konsesi.
“Dengan keadaan kedua-dua pihak menaikkan kadar tol sehingga 470 peratus, hampir mustahil bagi rakyat biasa di Malaysia berulang-alik setiap hari melintasi tambak,” ujarnya dalam satu sidang media sesudah program ‘Forum Kedai Kopi’.