All posts tagged 'sistem pendidikan'

Peperiksaan sepatutnya menjadi sejenis penilaian terhadap kebolehan intelektual anak-anak kita selepas satu tempoh persekolahan. Namun ia telah merudum sebagai penilaian kepada keseluruhan harga diri mereka: gred A, insan yang baik; gred B, insan yang teruk. Ia memberi tekanan kepada ibu-bapa dan pelajar untuk cemerlang, walau dengan apa cara sekalipun.