Uncategorized

Hati nurani Steven buat Puan Ros dan 10 anaknya tersenyum bahagia

Oleh Ghafar NS

Sebelum matahari tenggelam pada 4 April 2021, Puan Ros dan 10 orang anaknya yang dihalau keluar dari rumah sewa mereka, akhirnya mempunyai bumbung untuk berteduh.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong semalam membantu keluarga tersebut semampu beliau walaupun tanpa peruntukan daripada Kerajaan Pusat.

Hampir setengah hari Steven bersama keluarga Puan Ros membeli barang keperluan rumah baru, permainan untuk anak-anak kecilnya, tablet bagi memudahkan sesi pembelajaran, juga keperluan untuk Ramadan serta Syawal yang bakal menjelang.

Kini, mereka sudah tersenyum dan tidak menangis lagi.

Hantaran Steven di Facebooknya tentang kesulitan yang dihadapi keluarga Puan Ros telah menerima 50,000 reaksi dengan 8,800 perkongsian.

Rata-rata, rakyat Malaysia terharu dengan bantuan yang dihulurkan Steven tanpa mengira perbezaan kaum antara mereka serta turut bersimpati atas nasib kurang baik keluarga Puan Ros;

Malah, hantaran tersebut turut membuka ruang untuk ramai rakyat Malaysia yang bermurah hati untuk menderma kepada keluarga ini;

Semoga kisah mengharukan ini membuka mata banyak pihak bahawa parti DAP dan wakil-wakil rakyat yang dilahirkannya setia berkhidmat pada semua tanpa mengira kaum ataupun agama. – Roketkini.com