Uncategorized

Rakyat akan dapat manfaat langsung dari MoU Kerajaan – PH 

Oleh Aziera NH

Rakyat akan mendapat manfaat langsung daripada pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan antara Perdana Menteri dan Pakatan Harapan (PH), kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Jelas Guan Eng, kejayaan atau kegagalan MoU tersebut bergantung kepada pelaksanaannya.

Antara manfaatnya termasuklah: 

1- Pelan Reset Covid-19 Negara untuk memenangi pertempuran melawan Covid-19

2- Pelan Pemulihan Ekonomi RM45 bilion 

3- Pengecualian bayaran faedah tiga bulan selama moratorium pinjaman bank untuk 50% penduduk Malaysia yang terbawah

Tambahnya, cadangan Kementerian Kewangan untuk meningkatkan had statutori hutang negara daripada 60% kepada 65% KDNK akan membantu menyokong rakyat dan perniagaan, terutamanya PKS, semasa pembukaan semula ekonomi. 

“Pengumuman baru-baru ini oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz yang melaksanakan langkah-langkah ini adalah hasil kejayaan pertama kepada rakyat yang mendapat manfaat daripada MoU ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam. – Roketkini.com