All posts tagged 'Rayer'

Rayer tidak terkejut, hanya seorang lagi mangsa Akta Hasutan BN

“Saya tidak terkejut dengan tuduhan ini. Saya percaya ini adalah sebahagian daripada siri pertuduhan Akta Hasutan yang dijatuhkan ke atas ahli politik Pakatan oleh kerajaan Umno BN yang jelas mempunyai agenda politik,” katanya lagi ketika dihubungi Roketkini.

DAP kutuk insiden kepala lembu, minta rakyat P Pinang bertenang

“Tidak berpuas hati dengan Rayer adalah satu perkara, tetapi dengan gunakan cara ini telah menghina satu golongan kaum dan agama. Kerana kita semua tahu ini adalah suci untuk orang Hindu,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang jelas kecewa dengan kejadian tersebut.