Wawancara

Prof Tajuddin Rasdi: Pensyarah takut, mahasiswa hilang arah – Bahagian Kedua

Bagaimana pandangan saudara mengenai campurtangan pihak pentadbiran universiti terhadap aktiviti pelajar?

Saya suka melihat masa saya cuba buat satu kajian mengenai peranan ahli akademik dalam masyarakat. Saya terbaca dua artikel yang berbeza, satu artikel yang ditulis seorang ahli akademik dari India yang mengatakan bahwa tugas ahli akademik ini untuk menulis kertas kerja akademik, jurnal luar negara yang mana dinilai mereka yang hebat-hebat dan sebagainya. Itu sahaja.

Bila saya baca satu lagi tulisan dalam laporan audit dari sebuah universiti di New Zealand, laporan audit itu mengaudit samada universiti itu membenarkan atau tidak pensyarah-pensyarahnya terlibat dalam wacana umum (public discourse) sebab mereka merasakan jika universiti tidak benarkan maka ia bukan sesuatu yang baik. Universiti itu boleh ditarik lesen mereka. Dan sekiranya walaupun diberi kebebasan, seorang pun tidak terlibat dengan wacana umum, pun akan mendatangkn masalah kepada pihak universiti.

Pokok pangkalnya seperti yang saya faham, seorang ahli akademik ini apabila ia telah mendapat ilmu, contohnya ilmu tentng senibina masjid, senibina tentang demokrasi, senibina Maalaysia dan sebagainya, setelah tugas mendidik pelajar ataupun berwacana dengan komuniti akademiknya tugas utama seterusnya ialah mencambahkan ilmu kepada masyarakat.

Contohnya mengenai senibina masjid saya telah mengajar imam-imam masjid dan malah mengajar kanak-kanak sepertimana saya telah dijemput oleh majalah Infiniti untuk menceritakan mengenai ruang senibina bagi kanak-kanak jadi bila kita ada ilmu kita kena berkomunikasi dengan semua lapisan masyarakat sebab itu kalau kita tengok seseorang yang bertaraf profesor di luar negara, nak nilai ketokohannya dia akan hasilkan buku-buku untuk orang awam contohnya seperti ahli fizik British, Stephen Hawking yang menulis buku History of Time dan ramai lagi.

Di sini, di UTM sendiri ada lebih seratus orang profesor, kalau kita gandakan mungkin ada lima enam ratus. Cuba kita ke kedai buku dan tengok, tak sampai sepuluh peratus yang menulis saya rasa.

Mungkin apa yang berlaku di Malaysia seperti kes Profesor Aziz Bari yang digantung tugas kerana pandangan beliau menyebabkan kurangnya wacana awam?

Kalau kita lihat di dalam laporan audit New zealand itu, ia menyatakan bahawa ahli akademik boleh bukan sahaja bercakap mengenai bidangnya tetapi juga mengeni isu-isu yang lain. Dan seperti kes Aziz Bari, dia bercakap dalam bidangnya dan dia sepatutnya tidak boleh langsung diambil tindakan apa-apaa oleh pihak universiti ketika itu.

Jadi, saya pun sedih dengan apa yang berlaku. Dan saya telah menulis artikel tentang ‘kehilangan lesen akademik’ kalau kita berbuat demikian. Contohnya dalam kes Lynas, saya menunggu juga mana profesor enviromental engeenering (kejuruteraan alam sekitar), dalam UTM pun ramai juga malah Naib Canselor kita pun hebat juga dalam bidang alam sekitar tapi tak ‘bunyi’ pun.

Dalam kes video Anwar Ibrahim, tidak pula saya dengar pandangan dari profesor-profesor dari International Islamic University (UIA). Saya tunggu juga. Akhirnya, mantan mufti Perlis Dr. Asri Zainul Abidin yang bercakap dan saya pun menambah untuk menyokong pandangan beliau.

Sindrom takut bukan saja pada orang biasa malah juga kepada golongan akademik?

Bagus juga kita sebut tentang perkara ini, ‘sindrom takut’. Sebenarnya ada dua yang saya nampak di sini, pertamanya memang benar ada ketakutan, contohnya tidak naik pangkat atau kena buang atau diambil tindakan dan sebagainya. Tapi pada pengalaman saya sedikit saja yang sebenarnya begitu.

Yang keduanya pula, bagi saya lebih serius bukan ‘sindrom takut’ tetapi sindrom tak tau apa tugas akademik yang sebenarnya. Ahli akademik contohnya katakanlah dia seorang arkitek dan dia faham senibina jadi dia rasa tugas dia cuma untuk mengajar pelajar jadi arkitek. Bila nak naik pangkat universiti kata kena buat jurnal ini, jurnal itu, kajian dan sebaginya. Jadi dia sendiri yang mengejar kenaikan pangkat.

Siapa tak nak naik pangkat dan dapat pendapatan lebih. Tapi saya pernah ditegur seorang kawan apabila saya gagal untuk kenaikan pangkat, saya kata saya dah tulis banyak dalam surat khabar dan sebagainya tapi dinilai sedikit, jadi kawan saya menasihati saya katanya “Din kalau kamu nak naik pangkat, kamu kena ikut rentak (follow the game)”. Lama saya fikir mengenai itu dan saya kata saya tak nak ikut rentak. Saya nak ikut suara hati saya. Jadi suara hati saya kata teruskan apa yang sedang dilakukan iaitu menyebarkan ilmu kepada masyarakat.

Alhamdullillah dengan pertolongan Allah, saya naik pangkat dulu dari dia. Ia sebenarnya terletak di atas diri kita sendiri dalam bidang kita. Sebab itu buku lain yang saya kena tulis tu ialah “Don’t listen to the Vice Canchellor” (tersenyum), jadi bukan saya nak menghina Naib Canselor tapi kenapa saya cakap itu kerana, anda sebagai ahli akademik kalau sudah ada Phd, kena tengok bidang anda sendiri. Kena tengok apa peranan anda sebenarnya. Semuanya perlu ada samada keperluan untuk membangunkn profesyen maupun membangunkan masyarakat. Contohnya isu tentang senibina hijau (green architecture), kawan saya yang tadi tu dalam bidang senibina hijau. Tetapi bila wartawan nak tanya mengenai perkara tersebut, mereka tanya saya. Kenapa? Mungkin sebab saya banyak pendedahan di luar.

Yang pakar sebenarnya dia, saya cuma taulah sikit-sikit. Macam mana kita nak hasilkan kefahaman tentang contohnya senibina hijau dan sebagainya kalau tidak ada siapa yang mempopularkan perkara itu dengan menulis di akhbar, buku-buku dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan mahasiswa yang terdiri dari pelbagai latar belakang akademik atau kursus dan terlibat dengan gerakan pelajar?

Apa peranan mahasiswa? Di sini ada dua aspek, satu perkara yang kena kita lihat ialah mengenai apa yang mahasiswa itu fikir dan apa yang universiti itu benarkan. Bagi saya, dulu pun saya mahasiswa di luar negara. Dalam tulisan saya, saya ada mengatakan bagaimana saya dapat menghasilkan idea mengenai senibina Islam yang baru dan sebagainya.

Pertamanya adalah kerana saya belajar mengenai Islam di luar negara, menyertai persatuan dan aktif dalam Muslim Student Association, Malaysian Student Association dan sebagainya. Saya selalu manasihati ibu bapa yang inginkan anak mereka berjaya cemerlang dalam kerjaya dan akademik.

Saya kata pertama sekali kalau kita adalah seseorang yang faham akan tanggungjawab sebagai manusia maka kita akan berjaya hasilkan seorang jurutera, seorang arkitek, seorang jurnalis yang memang hebat; orang yang hebat dalam bidang-bidang mereka bukan yang dapat four flat itu semua, itu bukan. Itu sebab menjawab soalan akademik. Tetapi kalau ditanya kenapa saya dapat keputusan yang baik dalam CPA, ini kerana pemahaman saya terhadap Islam, kemudian hubungan saya dengan kehidupan.

Bila kita lihat ramai pelajar tidak mempunyai daya keusahawanan, tidak kreatif, tidak itu dan sebagainya, ia adalah kerana pelajar kita tidak digalakkan atau mereka dilarang, ditahan, daripada mencari satu makna kepada hidup. Universiti ini ialah universe, alam semesta, suatu perkara yang besar dan meluas. Kalau sekadar kita nak jadi arkitek, jurutera, institut kemhiran pun sebenarnya sudah memadai, anda cuma perlu lakukan kerja-kerja pengulangan. Buat begitu dan begini kemudian selesai!

Mahasiswa harus terlibat dengan masyarakat dan gerakan pelajar?

Bukan sekadar harus malah wajib! Jadi sebab itu saya kurang berminat nak hantar anak saya sendiri ke UTM sebab saya dah nampak di kalangan pelajar saya dan pengalaman 25 tahun, dari sudut sumbangan kepada masyarkat, dari sudut isu, dah 25 tahun saya tak pernah pun forum dalam samada Jabatan senibina, ataupun Fakulti Alambina ataupun universiti sendiri tentang isu-isu dalam masyarakat.

Seolah-olah universiti gagal membentuk mahasiswa yang kreatif dan kritis?

Inilah persoalannya, mereka kata mereka pentingkan kreativiti. Siapapun semua akan cakap mereka pentingkan kreativiti. Masalahnya mereka sendiri tidak faham bahawa kreativiti ini perlukan dua perkara. Bagi saya yang pertama dia mesti ada ‘kesedaran terhadap makna hidup’, samada anda Buddha, Muslim, atau apapun, anda perlu memahamimakna hidup, jika anda seorang penganut Buddha, tau apa itu Buddha, jika anda seorang Muslim, anda tahu apa itu Islam, jika anda seorang rakyat Malaysia, anda tahu apa ertinya menjadi rakyat Malaysia.

Dan yang keduanya ialah kita perlukan satu keadaan yang tidak menggongkong pemikiran seseorang pelajar terutamanya melibatkan aktiviti mereka. Kalau mereka hendak buat suatu aktiviti kita perlu permudahkan dan beri galakkan disitu. Jadi, pihak pentadbiran harus tahu mengenai perkara ini termasuklah para pensyarah sendiri.

Untuk menjadi kreatif  perlu ada isu. Kalau tidak ada isu, nak selesaikan bagaimana? Contohnya masjid; kalau anda tidak kreatif, anda akan buat masjid contohnya yang berkubah sahaja, mengulangi yang lama. Mungkin ada yang ingat kalau kreatif jadi mereka buat bentuk-bentuk yang lain. Mungkin nampak ganjil tetapi bagi saya kita perlu fikir bahawa masjid mencerminkan masyarakat Islam.

Masyarakat Islam harus juga mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat yang bukan Islam. Jadi bila kita perlu ada hubungan baik sesama Islam dan bukan Islam, perlukah pagar besar-besar misalnya? Perlukah gerbang yang besar-besar?

Jadi orang yang kreatif akan bertanya lebih; apakah tanggungjawab masyarakat Islam pula terhadap mereka yang susah, tak berumah? Di dalam tradisi Rasulullah SAW sendiri, orang-orang miskin, mereka yang nak belajar, mereka yang tidak ada rumah, semua duduk di masjid. Ahlu al-Sufa.

Jadi saya persoalkan jikalau kita boleh buat masjid sehingga RM300 juta dan sebagainya dimanakah pula  tempat kebjikan, tempat yang mana siapa-siapa pun boleh. Bagi saya orang yang bukan Islam yang tak berumah pun duduklah. Ada yang kata ia mencemar masjid. Saya tak percaya dengan kenyataan itu sebab berdasarkan kajian, pembacaan saya terhadap hadis-hadis Rasulullah SAW, baginda sendiri tidak ada mengatakan mengenai perkara-perkara mencemar tersebut. – Roketkini.com

BERSAMBUNG: Bahagian Akhir – Budaya universiti tempatan jadikan mahasiswa mandom