Isu Semasa, Kenyataan Akhbar

Kesengsaraan rakyat dijadikan modal politik Muhyiddin – Howard

Kenyataan media Ketua DAPSY Kebangsaan, Howard Lee pada Selasa, 19 Januari 2021:

Sekiranya pendedahan baru-baru ini berkenaan ketidakcekapan kerajaan PN dalam menarik keyakinan pelabur tidak cukup menggugat prospek ekonomi negara, sudah pasti pengisytiharan perintah Darurat berjaya menambahkan lagi kelumpuhan, jika tidak sampai membawa maut terhadap prospek ekonomi.

Perniagaan dari semua saiz – selain dari sebilangan kecil kelompok luar – hampir tidak dapat bertahan ataupun akhirnya terpaksa gulung tikar. Keadaan ini, ditambah pula dengan kejatuhan pasaran yang masih belum sembuh akibat dari pusingan pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Belum lagi sebilangan besar perniagaan yang masih belum mendapat bantuan kewangan yang dijanjikan, walaupun sepatutnya layak.

Bagi perniagaan yang masih bertahan pula, ramai yang enggan menambah tenaga kerja walaupun sebenarnya mereka tidak terjejas. Secara umumnya, pemberhentian dan pengurangan pekerja adalah sebahagian daripada norma baharu. Ini bermaksud, adalah dikira baik sekiranya pekerja dapat mengekalkan kerja dan gaji sedia ada, ataupun paling tidak adalah kehilangan kerja tersebut. Lereng curam ini nampaknya kekal ke hadapan memandangkan PKP pusingan kedua kembali dikuatkuasakan di beberapa buah negeri, walaupun kebanyakkan perniagaan dan pekerjaan dibenarkan beroperasi.

Dengan kuasa besar Darurat yang diperolehi oleh Muhyiddin dan kuasa kerajaan untuk mengeluarkan sebarang perintah berkait aset, hartanah, sumber manusia dan caj levi tanpa pengawasan kuasa demokratik, besar kemungkinan kita tidak akan melihat sebarang pelaburan besar asing mahupun tempatan dalam masa terdekat.

Bagai menambah garam di luka, Ordinan Darurat juga sebenarnya menafikan sesiapapun jalan keluar, walaupun dengan menggunakan perintah kehakiman sekiranya kerajaan memilih untuk menggunakan kuasa mereka secara mutlak (tanpa semak dan imbang) dan zalim. Amat tidak menghairankan jika kita mula melihat penarikan pelaburan dan penjualan perniagaan bagi mengurangkan kerugian. Sekali lagi, ini bermaksud semakin kurang peluang pekerjaan, dan kuasa berbelanja yang semakin rendah.

Harus ditegaskan, ‘kestabilan paksaan’ yang dizahirkan dengan darurat ini, bukan kestabilan yang sebenar, malah ia adalah sebaliknya. Secara keseluruhannya, Darurat ini bukan sahaja membawa persepsi kepada orang ramai dan pelabur asing bahawa Malaysia dilanda ketidakstabilan politik yang memudaratkan, malah ia tidak akan membantu ekonomi selain mempercepatkan kemelesetan dan penyusutannya bahkan menjadikannya lebih buruk. Dan lebih teruk.

Kurang pekerjaan membawa maksud kurang penggunaan tenaga pekerja. Kurang pembeli untuk membeli barang. Perniagaan juga tidak boleh berkembang dan tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan yang baru.Yang bererti tiada pekerjaan boleh dihasilkan. Dan membawa maksud kurang penggunaan tenaga kerja. Kitaran ini akan berterusan. Sepanjang kitaran ini juga, cukai yang boleh dikutip oleh kerajaan juga berkurangan. Keupayaan kerajaan untuk memberikan bantuan sosial juga akan menjadi lebih terhad.

Mereka yang tidak terjejas akibat pengiystiharan darurat ini adalah mereka yang memiliki kuasa politik dan sesiapa memiliki kuasa kewangan yang kukuh. Bagi kelompok yang memiliki kuasa politik, mereka boleh memanfaatkan darurat ini bagi kepentingan mereka, malah boleh meletakkan syarat yang difikirkan sesuai bagi memenuhi keperluan mereka. Kelompok yang mempunyai kuasa kewangan pula boleh membeli dan mengambil alih aset-aset dan perniagaan pada harga yang jauh lebih rendah pada waktu yang mendesak seperti ini.

Apabila peluang pekerjaan semakin berkurangan pula, malah pekerja terpaksa berjuang bagi mendapatkan gaji yang lebih tinggi, dinamika ekonomi yang semakin menyusut akan menekan mereka di mana penawaran tenaga kerja jauh lebih tinggi berbanding peluang pekerjaan yang ada.

Salah satu hasil yang sudah pasti akibat dari bahana darurat ini adalah ketidaksamaan semakin menjurang jauh lantas membawa kesepaduan sosial yang kita mungkin kita sedang nikmati ke takuk lama. Tidak perlu kita berharap kepada pertumbuhan ekonomi kerana semestinya tidak ada pelabur yang mahu melabur tanpa kestabilan politik dan sosial yang mampan.

Sementara golongan yang kaya dan berkuasa akan terus menjarah, malah lebih mudah dari sebelum ini, nasib kelas pertengahan dan kelas pekerja sekarang semakin menjunam jatuh kecuali Darurat ini dibatalkan. Anak-anak dan sebahagian besar rakyat Malaysia tergolong di dalam golongan ini, tidak kaya dan tidak mempunyai kuasa, akan terus merasa derita.

Berbeza dengan propaganda yang sedang digembar-gemburkan oleh askar siber Muhyiddin, Darurat ini tidak akan membawa barang sekelumit kebaikan kepada rakyat Malaysia. – Roketkini.com