Oleh Ghafar NS
Penghantar makanan atau lebih dikenali sebagai ‘foodrider’ perlu didahulukan dalam pemberian suntikan vaksin kerana mereka bekerja lebih aktif saat pandemik kini terutamanya apabila bermulanya ‘total lockdown’ pada 1 Jun 2021.
Menurut satu kenyataan media Pemuda Pakatan Harapan (PH) Wilayah Persekutuan, risiko foodrider dijangkiti dan menyebarkan virus Covid-19 adalah tinggi kerana ketika sektor lain dapat bekerja dari rumah, mereka perlu bekerja menghantar makanan kepada pelanggan atau mereka yang dikuarantin di kediaman sendiri.
“Sektor yang banyak digerakkan oleh anak muda khususnya di Wilayah Persekutuan ini wajar diberi keutamaan vaksinasi.
“Ini bukan sahaja penting untuk imuniti kelompok dan mengekang penularan, tetapi juga demi menggerakkan ekonomi secara mikro dan makro.” Jelas kenyataan itu lagi.
Menurut kenyataan bersama Pemuda AMANAH, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Democratic Action Party Socialis Youth (DAPSY) itu juga, tanpa sedar foodrider juga adalah frontliner yang membantu menghidupkan ekonomi di saat sektor-sektor lain lumpuh dan mereka membantu memberi pulangan besar pada negara.
Kenyataan bersama ini dikeluarkan dalam satu mesyuarat pertama pada 31 Mei 2021 dengan kehadiran daripada ketiga-tiga parti anggota dan telah sebulat suara bersetuju dengan jawatankuasa utama berikut yang dapat memperjuangkan nasib anak muda di ibu kota ini:
Ketua Pemuda: Asmaaliff Abdul Adam (AMANAH)
Timbalan Ketua Pemuda: YB P. Prabakaran (AMK)
Timbalan Ketua Pemuda: Lee Bing Hong (DAPSY)
Setiausaha: Iza Suraiya (DAPSY)
Bendahari: Mundzir Zahir (AMK)
Ketua Penerangan: Yu Ong Ching (DAPSY)
Ketua Manifesto: Ammar Shahbana (AMK)
Ketua Pilihanraya: Budihardi Sabie (AMANAH)
– Roketkini.com