Isu Semasa, Kenyataan Akhbar

Demi kekalkan kuasa, Kerajaan Mahiaddin sanggup jadi begitu menyedihkan

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, dalam kenyataan yang dikeluarkan beliau hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak menghormati dan helahnya yang tidak beretika untuk mengelak Parlimen berfungsi, seterusnya turut menghalang proses demokrasi di negara ini.

Vivian yang juga Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sandakan, menyatakan perkara ini selepas DAPSY Sandakan, Batu Sapi dan Libaran membuat laporan Polis semalam terhadap kerajaan PN yang telah melanggar Perlembagaan Persekutuan apabila menteri undang-undang secara tiba-tiba mengumumkan ketika sidang di Parlimen bahawa enam perkara dalam ordinan darurat telah di tarik semula pada 21 Julai berdasarkan mesyuarat kabinet pada hari sama. 

“Penarikan semula Ordinan Darurat tanpa keizinan atau perkenan daripada Yang Dipertuan Agong (YDPA), dan tanpa ketetapan yang dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat adalah pelanggaran jelas terhadap Artikel 150 (2B) dan 150 (3). Kerajaan Mahiaddin telah memperlihatkan pengabaian terhadap kesucian Parlimen dan juga institusi diraja.”

“Darurat diumumkan oleh kerajaan PN sejak Januari tahun ini dan secara serius telah melemahkan demokrasi dan menghaskis segala bentuk keseimbangan terhadap cara kerajaan ini menjaga negara di tengah-tengah krisis Covid-19. Namun ketika kerajaan diperintahkan untuk memanggil semula sidang parlimen dengan secepat mungkin oleh YDPA untuk membahaskan mengenai darurat sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan, kerajaan ini masih mencuba segala macam tipu daya untuk mencegah proses undang-undang itu berlaku dengan :”

1. Tidak membenarkan apa-apa gerakan pembentangan untuk dibentangkan, dibahaskan berkenaan darurat dan cara kerajaan menangani pandemik semasa. Sebaliknya, hanya secara satu pihak sahaja menyatakan pembatalan peraturan ordinan darurat pada hari pertama persidangan.

2. Tidak menyediakan masa yang cukup untuk Ahli Parlimen membahaskan atau berdebat mengenai isu kritikal berkaitan dengan krisis semasa Covid-19.

3. Tidak menjawab kepada banyak soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen berkenan isu pandemik semasa. Malah, Speaker dan Timbalan Speaker juga sangat berkeras berkenaan masa tamat sesi Parlimen setiap hari adalah pada pukul 5.30 petang walaupun negara berhadapan dengan kes yang direkodkan positif dan kematian berkaitan Covid-19.

4. Menunda sesi prosiding di Parlimen pada Khamis dengan mengarahkan kesemua Ahli Parlimen dan kakitangan untuk membuat saringan ujian Covid-19 secara tiba-tiba. Tetapi, kesemua Menteri PN dibenarkan untuk keluar dari kawasan Parlimen tanpa perlu menghadapi atau melakukan keperluan ujian Covid-19 yang sama.

5. Menggantung sesi Parlimen pada Isnin, dengan menyatakan 11 kes positif didapati di Parlimen daripada hampir 1,200 ujian yang dijalankan. Ini adalah petanda jelas bahawa kerajaan Mahiaddin cuba mengelak sidang Parlimen dalam apa cara sekalipun, untuk mengelak proses demokrasi, melemahkan atau merendahkan sistem undang-undang, dan untuk menggagalkan kesucian Perlembagaan kita untuk terus berkuasa.

“Terdapat kebimbangan serius bahawa kerajaan pintu belakang ini mencuba apa sahaja yang mereka boleh untuk meneruskan pemerintahan diktaktor kepada Malaysia berdasarkan perkara yang dilakukan beberapa hari kebelakangan ini. Saya bimbang lagi ramai rakyat di Malaysia akan dikorbankan di tengah-tengah krisis kesihatan dan ekonomi semasa sekiranya kerajaan yang terkutuk dan memalukan ini meneruskan caranya untuk melakukan apa sahaja perkara,” katanya. – Roketkini.com