Uncategorized

PRN Melaka tidak dapat dielakkan, tapi perlu bersih, jujur

Kenyataan media Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada 21 Oktober 2021.

Pilihan Raya Negeri Melaka akan menjadi ujian terhadap ketahanan demokrasi Malaysia dan juga ujian terhadap integriti parti-parti politik.

Negara sedang bergelut melahirkan sebuah landskap politik baharu, contohnya dengan kewujudan memorandum persefahaman kepercayaan-perbekalan-reformasi yang telah ditandatangani antara Perdana Menteri Ismail Sabri dan empat orang pemimpin Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu, dan Wilfred Madius Tangau pada 13 September.

Pilihan Raya Negeri Melaka akan datang mempunyai kesan yang lebih meluas, bukan sahaja untuk negeri itu sendiri, tetapi juga untuk negara.

PRN Melaka tidak sepatutnya diadakan, kerisauan dan kebimbangan penduduk di Melaka dan rakyat Malaysia bahawa PRN ini mungkin akan menyebabkan berlakunya gelombang penularan keempat seperti yang berlaku selepas PRN Sabah pada bulan September tahun lepas adalah satu kebimbangan yang perlu diambil berat.

Tetapi, sekiranya pilihan raya di Melaka ini tidak dapat dielakkan, ia perlulah dijalankan secara bersih dan jujur, yang akan menjadi bukti kejayaan pertemuan empat tamadun hebat dunia di Malaysia.

Sekiranya diberikan pilihan di antara untuk bekerjasama dengan kleptokrat, oportunis, dan mereka yang jahat atau kalah dengan berpegang kepada prinsip politik dan integriti, saya memilih pilihan yang kedua. 

Ada yang kata, untuk mencapai kemenangan di Melaka, kita perlu bersama secara taktikal dengan sesiapa yang boleh membawa kemenangan kepada Pakatan Harapan.

Atas sebab inilah saya berpendapat bahawa empat mantan Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah menjadi punca kepada berlakunya pilihan raya negeri Melaka ini tidak patut dicalonkan sebagai calon Pakatan Harapan dalam PRN Melaka.