Uncategorized

Beri diskaun & waktu tol percuma pada pengguna seperti tawaran PH – Tony Pua

oleh Ghafar NS

Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua dalam satu kemas kini Facebook-nya semalam berkata pendekatan pengambil alihan lebuh raya oleh Gamuda melalui firma ALR Bhd adalah sama seperti yang diumumkan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

Konsesi sekarang bernilai RM5.4 bilion berbanding ketika 2020 (RM6.2 bilion) adalah kerana hanya kurang dua tahun hasil tol untuk dikutip.

Tetapi PH dahulu menawarkan diskaun 30% tol untuk waktu bukan puncak dan tol PERCUMA pada luar waktu puncak yang akan memanfaatkan pengguna sebanyak RM180 juta setahun!

“Kerajaan hari ini mesti melakukan perkara yang sama untuk rakyat dan jika PH dulu boleh melakukannya, mengapa mereka tidak?” kata Tony.

Pada 4 April 2022, kerajaan mengumumkan kadar tol di empat lebuh raya utama Lembah Klang kekal tanpa sebarang penurunan.

Tony berpesan untuk tidak mendengar omong kosong bekas Menteri Kewangan yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini menghabiskan hari-harinya bercakap bohong dan memutar belit fakta terutama di Parlimen untuk meloloskan dirinya daripada dipenjara.

“Najib kata PH mahu mengutip tol selama-lamanya dan itu karut semata-mata kerana tiada rancangan untuk melanjutkan konsesi melebihi perjanjian yang telah ada,” tegas Tony.

Beliau juga mempersoalkan keputusan kerajaan hari ini yang tidak mahu memberikan diskaun dan waktu tol PERCUMA kepada pengguna lebuh raya, kerana kemungkinan boleh menjatuhkan air muka Najib Razak, kerana sering mentertawakan rancangan PH sebelum ini.

Semasa Najib menjadi Perdana Menteri, kata Tony, Najib bertegas pemberian diskaun dan penstrukturan semula adalah mustahil, jadi tidak hairanlah jika Najib hari ini tidak mahu rakyat Malaysia menikmati penjimatan tol sebanyak RM180 juta dengan tawaran yang lebih baik! – Roketkini.com