Uncategorized

Laporan polis atas kenyataan fitnah Hadi Awang

Kenyataan Media Sheikh Umar Ali, Ahli CEC merangkap Naib Pengerusi DAP Johor pada 5 September 2022.

  1. Pagi ini kami dari Pakatan Harapan telah membuat laporan polis supaya satu siasatan dibuat terhadap Abdul Hadi Awang, Presiden PAS berikutan artikel beliau di Harakahdaily pada 1 September lalu. Laporan polis telah dibuat di IPD Dang Wangi 11 pagi tadi.
  2. Artikel tersebut ada menuduh Pakatan Harapan dikelilingi pemberi rasuah sepanjang tempoh pemerintahannya. Ini ialah satu kenyataan berbaur fitnah jahat oleh seorang yang menggelarkan dirinya sebagai ulamak suci.
  3. Lebih dari itu, kenyataan sebegini kami anggap sebagai suatu hasutan yang boleh memecahbelahkan keharmonian kaum. Lebih2 lagi apabila Hadi cenderung dengan mudahnya mengaitkan rasuah dengan kaum2 tertentu di negara kita. Ia boleh mengundang permusuhan serta kebencian antara rakyat.
  4. Pada masa yang sama, kami anggap kenyataan Hadi ibarat ‘ayam berkokok sedangkan ekor bergelumang tahi’ kerana usul muktamar PAS yang berakhir semalam sendiri telah bersetuju dalam usaha kerjasama dengan UMNO yang pemimpinnya disabit dan dipalit dengan pelbagai isu rasuah serta salahguna kuasa.
  5. Kami memohon agar Hadi dan juga Harakahdaily disiasat segera atas kenyataan serta penyiaran artikel bersifat fitnah ini.
  6. Turut sama hadir pada pagi tadi ialah YB Dato Mahfuz Omar Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Hannah Yeoh Hannah Yeoh Ahli Parlimen Segambut, YB Sani Hamzan Sany Hamzan ADUN Taman Templer dan para anggota parti Pakatan Harapan. – Roketkini.com