All posts in 'Isu Semasa' Subscribe

Kit Siang acap kali nafi tuduhan UMNO/BN pencetus tragedi 13 Mei

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sudah acap kali menafikan tuduhan liar UMNO/Barisan Nasional (BN) bahawa beliau pencetus tragedi 13 Mei 1969 dan terbaru pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, di sini, hari ini.

DAP bantah akhbar UMNO hasut Melayu, bangkit kebencian kaum

Fitnah terbaru datang daripada Berita Harian edisi Ahad hari ini 28 April 2013 dalam satu komentar yang ditulis oleh seorang yang bernama Mahfar Ali. Tajuk rencana itu sahaja sudah menunjukkan sikap hipokrit dan pembohongan media kawalan UMNO-BN tersebut. Tajuk “Pertahan prinsip kesederhanaan, tolak ekstremisme” cuba berselindung di sebalik kebencian penulis kepada perpaduan antara kaum yang dianjurkan oleh DAP dan Pakatan Rakyat.

BN Sarawak akui 11 kerusi Parlimen dalam bahaya

Barisan Nasional (BN) Sarawak sendiri mengakui bahawa 11 kerusi Parlimen di negeri itu berada dalam bahaya sekaligus mencerahkan peluang Pakatan Rakyat (PR) melangkah ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

DAP cabar UMNO/BN nyatakan pendirian mengenai hudud

“UMNO dan BN tidak perlu membuang masa untuk mengelirukan rakyat dengan menjadikan hudud sebagai isu politik, malah meminta Datuk Seri Najib Razak memartabatkan agama Islam dan menghormati umat Islam dengan menghentikan kempen yang memperalatkan agama kerana ia memberi kesan buruk kepada masyarakat.

DAP terus difitnah tapi Melayu makin berani dekatinya

DAP menjadi mangsa fitnah Berita Harian, akhbar harian kawalan UMNO, hari ini Rabu 24 April 2013 apabila ruangan Rencana di muka surat 25 yang ditulis oleh “Lanang” telah mendakwa, tanpa sebarang bukti, bahawa DAP adalah “parti perkauman yang memperalatkan hak sama rata”. Malah rencana itu menuduh “Masa kempen pilihan raya 10 Mei 1969, DAP ghairah mainkan isu perkauman. Hasilnya sengketa 13 Mei 1969”.

Komentar Roketkini: Barisan Nasional mahu laksanakan hudud?

JIKA UMNO dan Barisan Nasional tidak berminat untuk melaksanakan hudud, mengapa para pemimpin mereka sibuk mendesak Pakatan Rakyat melakukannya? Jika UMNO menolak hudud, mengapa mahu DAP menerimanya? Jika UMNO rela hudud dipermainkan dan diperlekehkan oleh MCA, mengapa ia masih mahu bersandiwara dengan Pakatan Rakyat?

Selepas kutuk agama Hindu dan hina kaum India, Zul Nordin dapat pujian Najib

Zulkifli Nordin, seorang pemimpin Perkasa, tak segan silu berbuat demikian. Dengan penuh rasa selesa. Dengan penuh kebanggaan. Dia hina agama Hindu. Dia hina penganut agama Hindu. Dia permainkan kepercayaan orang Hindu dan tempat suci penganut Hindu. Dia gelar orang India sebagai “keling”.

MCA pancing undi dengan menghina Islam, UMNO berdiam diri

Calon DAP Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang kesal dengan tindakan MCA yang menggunakan akhbar The Star yang dikuasainya untuk menyiarkan iklan politik menghina orang Melayu dan mempermainkan agama Islam.

Pengundi perlu hati-hati fitnah UMNO/BN: Kit Siang

Ia berbeza dengan DAP bersama PAS dan PKR yang membentuk Pakatan Rakyat memulakan kempen secara bersih, adil dan telus.
Ini adalah prinsip bersama kami ke arah membentuk Malaysia baru yang bebas daripada rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
Saya sedar ada kempen kotor yang terus dilakukan pihak tertentu, terutamanya cybertroopers pro-UMNO/BN, yang menyebarkan fitnah dan pembohongan. Ini adalah kempen yang tidak sihat dan bersifat hasutan.

Calon DAP guna logo PAS: Akhirnya Roket Mendarat Di Bulan – Nik Aziz

Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari. Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman. Isu logo sekalipun mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi ia melambangkan maruah dan harga sebuah perjuangan.