All posts in 'Rencana' Subscribe

Resolusi DAP Johor

Konvensyen DAP Negeri Johor beberapa hari yang lalu telah membuat ketetapan berikut: Reformasi Politik Ini menjadi perkara asas bagi …

Ney tuju harmoni nak dolok?

Kamek berkelaka bunyi tok bukan apa. Kamek orang Sarawak. Dari berjiran sampey lah bersekolah, bekerja, membesar sama-sama dengan urang Kristian, urang Cina, urang India – sik ada masalah.

Hapuskan sekolah vernakular: Bersediakah kita?

Jika parti politik di Malaysia ini ikhlas mahu membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang inklusif dan terhormat, maka langkah pertama selain daripada memperkasakan kualiti Sekolah Kebangsaan dan mengembalikan profesionalisme guru, mereka juga harus mula membincangkan dengan serius apakah model kebangsaan yang ingin digunapakai, bukan sahaja di peringkat silibus, malah di peringkat falsafah pendidikan kebangsaan itu sendiri.

Oktoberfest dan politik ‘aku-lebih-mulia’ Malaysia

Dunia tidak akan menunggu sambil kita berdebat tentang kesesuaian meraikan Oktoberfest. Ahli politik sepatutnya menumpukan soal pembuatan dasar dan berkhidmat.

Islam melarang bakar kitab suci agama lain

Saya sangat yakin agama yang saya anuti, Islam, penuh dengan cinta, kasih sayang dan kesederhaan, bukannya kekerasan dan hukuman. Malangnya, sesetengah umat Islam sering menunjukkan contoh yang bertentangan dengan apa yang diperintahkan.

Belanjawan 2015: Pertumbuhan bukan pengagihan

Masalah paling besar ialah kerajaan telah keliru antara pertumbuhan ekonomi dan pengagihan kekayaan. Justeru, Belanjawan tiap-tiap tahun, termasuk, jika Perdana Menteri masih tidak sedar, Belanjawan 2015, walaupun dipenuhi berita baik tentang pertumbuhan ekonomi, hanya sekadar business as usual dan tidak membawa apa-apa manfaat besar kepada rakyat biasa.

Saari Sungib yang saya kenal

YB Saari Sungib, atau panggilan mesranya Pak Abu, yang saya kenal ialah seorang yang sangat berprinsip dan tegas. Berani melawan kezaliman secara terang-terangan. Ini terbukti bila beliau dua kali ditangkap dan ditahan di bawah Akta Zalim ISA.

Harapan anak muda menjelang Belanjawan 2015 (Bahagian 2)

Sambungan daripada bahagian 1, perihal harapan anak muda menjelang Belanjawan 2015 untuk berhadapan dengan kos sara hidup terutama dengan pelaksanaan sistem GST tahun hadapan.

POJOK: Lim Guan Eng beli kereta kebal pula

Cuba lah senonoh sikit buat kerja. Nak fitnah pun biarlah semenggah. Fitnah lah Guan Eng ada skandal dengan budak perempuan bawah umur, atau beli cincin harga juta-juta untuk isteri. Atau tuduh sahaja Lim Guan Eng makan rasuah. Ini tidak. Kepala lori yang dijadikan modal.

Hak asasi dan harga diri untuk semua; Pekerjaan yang baik untuk semua

Di zaman ini, terutama dalam konteks Malaysia, orang ramai merasakan mereka memiliki suara atau pengaruh yang kecil sahaja ke atas kerajaan, ekonomi dan korporat; tiga perkara yang malangnya berkembang secara keterlaluan dan tidak saksama.