All posts in 'Rencana' Subscribe

Politik 3D UMNO-BN – Oleh Adil Mat Selamat

Jika semua skandal-skandal ini dapat kita lukiskan, pasti bentuk-bentuk imej itu menjadi semakin nyata seperti imej 3D. Setiap bentuk 3D mempunyai ciri-ciri lengkap sebagai satu bentuk yang sempurna.

Hanya UMNO penaung Melayu? – Oleh T.K. Tan

Satu kajian berasingan oleh Dr. M. Fazilah Abdul Samad, ketua bahagian kewangan dan perbankan dalam Fakulti Bisnes dan Perakaunan Universiti Malaya, yang diterbit pada tahun 2002 telah membuktikan yang matlamat 30 peratus DEB ini sudah tercapai semenjak 1997.

Skandal NFC: Rakyat bukan lembu – Oleh Fairuz Azhan

Perdana Menteri telah berbohong kepada Parlimen dan rakyat apabila memberitahu Dewan Rakyat pada 1 November lalu bahawa hanya RM181.9 juta daripada jumlah RM250 juta diluluskan kepada NFC. Begitu juga Noh Omar pada 31 Oktober lalu mengatakan tidak semua peruntukan RM250 juta itu telah diluluskan

UMNO terus meremehkan orang Melayu – Oleh Haris Zuan

Harus diingat, cita-cita memajukan kaum Melayu ini bukanlah dimulakan oleh UMNO, terdahulu daripada itu, Abdullah Munshi melalui bukunya yang terkenal Kisah Pelayaran Ke Kelantan (1838) dan Hikayat Abdullah (1849), diikuti Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Shaikh Alhadi, Kajai, Zaaba, Dato Onn, Dr Burhanuddin al-Helmy dan sekian banyaknya karya-karya kreatif mahu pun non-fiksi yang mewacanakan kemajuan kaum Melayu.

Kedai Rakyat 1Malaysia nak kemana? – Oleh Muhammad Zir

Inilah yang paling menonjol pada apa yang dikatakan produk kedai rakyat 1Malaysia. Kesinambungan idea Tun Mahathir Mohamad (yang memgambil barangan orang lain dan dibungkus semula menjadi produk Malaysia seperti kenderaan keluaran negara) masih ‘dibeli’ oleh Datuk Seri Najib Razak. Cuma kali ini dengan ‘packaging’ dan label yang berlainan.

Apa yang DAP faham tentang Islam Oleh Adil Mat Selamat

Adakah dengan menuduh DAP sebegini, maka UMNO secara automatik akan menjadi lebih Islam dari Islam yang sebenar yang agung, adil dan saksama? Apakah dengan memburukkan DAP, maka UMNO akan dilihat tidak lagi korup, tidak salah guna kuasa?

Bayangkanlah jika anda memilih BN… – Oleh Wan Pok Wan Malini

Malah pentadbiran UMNO-BN telah dilihat sebagai flip flop atau tunggang terbalik dalam banyak isu penting yang lain, dan semua ini menjadikan rakyat semakin gelisah seolah-olah tiada kepastian dalam hidup di bawah pemerintahan yang tak keruan itu.

Seksualiti Merdeka itu hak asasi? – Oleh Muhammad Nazreen

Persoalan orientasi seksual – yang mana “Seksualiti Merdeka’ cuba menggambarkan bagaimana golongan LBGT dihina, ditekan, dipinggirkan, ditindas dan dibantai – telah digambarkan seperti ‘pesta seks bebas’ untuk memberi persepsi bahawa kebebasan dan tuntutan hak asasi tak ubah seperti jalan mudah mencabar agama dan adat.

Khaled Nordin, kenapa kau degil? – Oleh Izmil Amri

Dalam penghakiman beliau yang memetik hansard ucapan Menteri sewaktu mengusulkan AUKU dipinda dalam tahun 2008, telah menjumpai bahawa tidak ada sebarang bahasa yang mencadangkan bahawa AUKU bertujuan untuk menjaga orde sosial atau moraliti awam. Orde sosial dan moraliti awam adalah alasan penghakiman Datuk Aziah Ali (kini hakim Mahkamah Rayuan) semasa menolak kes UKM4 di Mahkamah Tinggi

Apa agenda Utusan? – Oleh Daing Yahya

Jika kita nak memutarbelitkan kenyataan atau fakta sekalipun, biarlah ada lojiknya. “..Jangan hentam keromo..takut-takut nak tarik ular lidi tertarik naga”! Bak kata M.Nasir dalam karyanya