All posts in 'Rencana' Subscribe

Mana yang pokok, mana yang rantingnya? – Oleh Muhammad Zir

Penyertaan masyarakat seperti inilah yang dikatakan sebagai ruang sosial dalam sistem demokrasi. Ia menjadi agenda bagaimana demokrasi dilaksanakan di Malaysia. Inilah perjuangan nombor wahid kita pada ketika ini.

Ada apa dengan politik perkauman? Oleh Abdul Manan Abdul Razak

Apalah digembar-gemburkan dengan identiti kaum jika majoriti terbuang di pinggiran? Apalah gunanya mendabik dada menjadi juara kaum jika hanya yang kaya bertambah kaya, yang miskin makin terhimpit?

Milik siapa sejarah Malaysia Oleh Muhammad Nazreen

Pejuang-pejuang nasionalis kiri seperti Burhanuddin Al-Helmy (yang bukan komunis tetapi tokoh Islam yang memimpin PKMM dan PAS), Ahmad Boestamam (yang mempimpin API dan Partai Rakyat), Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako (yang memimpin Partai Buruh), Shamsiah Fakeh, Abdullah CD, Rashid Maidin (kesemuanya PKM) dan Mat Indera sendiri adalah antara insan-insan Melayu yang memperjuangan kemerdekaan negara.

Ramadhan, Melayu dan DAP – Oleh Muhammad Zir

Hegemoni dan tabu propaganda yang selama ini telah dicipta oleh UMNO terhadap DAP sebagai parti kaum Cina, telah pecah berderai dek keikhlasan kedua-dua belah pihak ini. Semua ini yang terjadi pada petang Ramadhan itu adalah impak rahmat dari bulan yang mulia.

Janji-janji terdesak – Oleh Adil Mat Selamat

Dengan mudah kita dapat membaca bahawa ini adalah salah satu gula-gula pilihan raya UMNO-BN, terutamanya mahu memujuk kaum bukan Melayu yang sudah bulat hati untuk bersama Pakatan Rakyat. Tidak keterlaluan jika kita dapat fahami bahawa ia juga adalah rasuah paling licik digunakan oleh Perdana Menteri.

Kesederhanaan kerajaan Pakatan Pulau Pinang – Oleh Amaluddin Zhafir

Kesederhanaan pendirian ini bukan bererti tidak yakin tetapi ianya adalah satu sifat yang sentiasa ditonjolkan oleh pemimpin utama DAP dengan konsep Jalan Tengah Malaysia, seperti apa yang diperkenalkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Konvensyen Kebangsaan DAP ke-15 pada Januari 2010.

Mat Sabu, NGO dan laporan polis – Oleh Haris Zuan

Kegemparan dan kegilaan apakah ini? Mana hujah dahulunya yang mengatakan bahawa demonstrasi itu merosakkan imej negara? Kini, Persatuan Bekas Polis dan Tentera juga turut melakukan unjuk rasa. Selangkah untuk demokrasi.

Lebuh raya wang – Oleh Adil Mat Selamat

Purata kos pembinaan lebuh raya oleh syarikat PLUS sekitar RM6 bilion. Dan mula beroperasi pada tahun 1988. Jika menurut jawapan Menteri Kerja Raya pada 28 Jun 2011, tempoh konsesi untuk PLUS adalah selama 50 tahun, ini bermakna tempoh konsesi ini hanya akan tamat pada tahun 2038.

Keintelektualan DAP wajar dicemburi dan diteladani – Oleh Zahiruddin Zabidi

Saya berpendapat alangkah bagusnya andai buku-buku terdahulu dan terkini yang mahu dihasilkan oleh DAP dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Mengapa SPR enggan bersikap adil – Oleh Daing Yahya

Parti komponen BN, sama ada UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PBB, dan pelbagai lagi, tidak pernah pula mengeluh, mendakwa atau mengemukakan sebarang pendedahan mengenai kepincangan daftar pemilih SPR.