All posts tagged 'Anthony Loke'

Himpunan #BatalGST, Anthony Loke dipanggil ke IPD Dang Wangi

Anthony Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban difahamkan akan ke IPD Dang Wangi pada jam 11 malam ini untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

ADUN DAP junjung titah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, tapi…

Jelas Anthony, tindakan 13 ADUN pembangkang Negeri Sembilan tidak mengangkat tangan dalam menyatakan pendirian ke atas usul menjunjung kasih titah ucapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, adalah kerana teks tersebut disediakan kerajaan negeri yang ditadbir oleh BN.

Tema ‘Hancur GST’, DAP gerakkan ahli di seluruh negara ke himpunan 1 Mei

Anthony pada sidang media di ibu pejabat DAP hari ini berkata, setiap Jawatankuasa Negeri dan Cawangan DAP komited menggerakkan seramai mungkin anggota untuk turun berhimpun membantah GST secara aman di Kuala Lumpur pada 1 Mei ini.

Debat POTA: DAP hadir dengan kekuatan maksima

“Tiga wakil DAP telah membahaskan RUU tersebut secara bersungguh-sungguh pada peringkat dasar iaitu Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo.

“Kami tidak pernah lantik Tan Yen Chai wakili DAP Kedah” -Anthony Loke

“Justeri itu, laporan Bernama semalam adalah tidak benar dan mengelirukan kerana ia langsung tidak mewakili pendirian DAP Kedah,” katanya dalam satu kenyataan.

DAP persoal baki RM 462 juta bantuan mangsa banjir, bimbang disalahguna

Peruntukan RM 800 juta diumumkan 5 Januari lalu oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, namun ketika ditanya di Parlimen, hanya sedikit jawapan diberikan, tanpa perincian penuh.

Najib anggap percutian urusan rasmi, khianat duit pembayar cukai

Ekoran tidak menjawab soalan kenapa jet rasmi dirakam FlightRadar24 singgah di Indianapolis, Los Angeles, New York, London, Dubai dan Bangkok sewaktu beliau meninggalkan Hawaii menggunakan pesawat TUDM.. Najib dilihat cuba menyembunyikan fakta di Parlimen hari ini.

DAP persoal kemana RM800 juta peruntukan bantuan banjir?

Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook hari ini mempersoalkan ke mana peruntukan banjir yang kononnya didakwa berjumlah RM800 juta oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

MCA tak berani gesa kabinet pecat Ismail Sabri

Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook menyelar kenyataan MCA yang mendakwa DAP lebih menumpukan serangan terhadap sekutu parti ‘ketuanan Melayu’ itu berbanding mengecam Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri.

Tak perlu cabar DAP debat, memadai Presiden PAS hadir mesyuarat pucuk pimpinan Pakatan Rakyat

Menurutnya, adalah lebih wajar untuk pemimpin tertinggi PAS termasuk presidennya hadir mesyuarat pucuk pimpinan Pakatan bagi membincangkan isu-isu tersebut.