Berita

Ramai pemimpin DAP lawat tanah runtuh rumah anak yatim

KUALA LUMPUR, 26 MEI –

Exco Kanan Selangor Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh telah mengetuai rombongan DAP pada Sabtu 21 Mei untuk melawat kejadian bersama-sama Exco kerajaan negeri Ean Yong Hian Wah dan Adun Balakong Yap Lum Chin.

Turut hadir ialah Ahli-ahli Majlis Perbandaran Kajang dari DAP iaitu TanBoon Wah, Chandra Mohan dan Steven Chan serta beberapa orang ahli DAP.

“Kami amat sedih dan hiba dengan tragedi ini. Pada masa yang sama kami bersyukur kerana ramai juga berjaya diselamatkan,” kata Teresa Kok.

Beliau memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa beliau bersama DAP amat prihatin dengan keluarga mangsa-mangsa kejadian di samping memuji kecekapan semua pegawai anggota penyelamat yang menjalankan operasi mereka.

Pada 22 Mei, Teresa Kok sekali lagi melawat tapak tersebut bersama exco-exco kerajaan negeri Selangor dan pegawai-pegawai kanan kerajaan untuk mengiringi lawatan Sultan Selangor ke tempat kejadian di mana Baginda telah sudi berkenan menyampaikan wang ehsan kepada anak-anak yatim yang terselamat.

“Mengenakan nasib mereka, memang sedih rasa hati. Mereka telah kehilangan 16 orang kawan-kawan mereka,” tambahnya.

Teresa Kok juga berharap orang ramai tidak mudah terpedaya dengan dakyah dan fitnah kononnya tidak ada pemimpin atau ahli DAP yang mengunjungi tempat kejadian untuk melawat mangsa terselamat serta keluarga mereka.

“Memang menjadi tabiat orang yang suka bohong sehingga tragedi sedih ini pun mereka mahu membuat fitnah politik,” kata, menjelaskan DAP bersama Pakatan Rakyat akan berusaha sedaya-upaya meringankan beban rakyat. – Roketkini.com