Kenyataan Akhbar

Pakatan Rakyat mengalu-alukan BN mencontohi polisi ekonominya

Kenyataan Media dari Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat pada 22hb. Ogos 2011 di Petaling Jaya.

Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat mengalu-alukan kesedaran terlewat oleh Barisan Nasional mengenai betapa peripentingnya membantu golongan yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Disebalik topeng projek-projek infrastruktur mega yang dijulang dan digemari oleh kerajaan Barisan Nasional ialah sebuah Negara Malaysia yang sebenarnya amat sederhana pencapaiannya. Beratus billion telah dihabiskan untuk berbagai rancangan induk dan projek mega tetapi hakikatnya:

·                  Lebih dari separuh – 60% – dari isirumah rakyat Malaysia berpendapatan kurang dari  RM3,000 sebulan;

·                  Hampir separuh – 43% – dari isirumah rakyat Malaysia berhempas-pulas melangsungkan kehidupan dengan hanya RM1,500 ke  bawah setiap bulan. Daripada jumlah                    tersebut, ¾ ataupun 73%  adalah  bumiputera.

Aspek paling penting dalam Bajet Alternatif Pakatan Rakyat 2012, dengan judul yang tepat sekali  iaitu Kesejahteraan Untuk Semua, ialah:

·                  Fokusnya adalah untuk membangunkan manusia iaitu rakyat jelata  Malaysia, bukannya projek-projek; dan

·                  Memberi penekanan kepada kerja-kerja yang mengangkat martabat manusia, penggajian yang adil dan saksama serta  peluang-peluang mencari rezeki  untuk semua                      golongan rakyat  terutamanya, rakyat biasa Malaysia dan  bukan hanya untuk golongan elit  yang mempunyai jaringan pengaruh meluas.

Sekiranya diberi peluang oleh rakyat, Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat akan merombak secara menyeluruh dasar-dasar kerajaan BN ini agar dapat meningkatkan pendapatan boleh guna 60% dari  rakyat Malaysia kepada satu keadaan di mana  mereka boleh membangunkan  satu kehidupan yang mengangkat martabat manusia dan meningkatkan  kedudukan kewangan mereka juga.

Ini secara langsungnya akan meningkatkan penggunaan domestik dalam satu cara yang  mampan; seperti makna pepatah Inggeris iaitu “air yang pasang akan mengangkat kedudukan semua  bot”.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah semalam mengumumkan yang (PEMANDU) telah ditugaskan untuk mengkaji langkah baru membantu meringankan kos sara hidup meningkat bagi yang  berpendapatan kurang daripada RM3,000 setiap bulan.

Ini ialah kali ketiga dalam satu bulan, Kerajaan Barisan Nasional telah terpaksa memberi reaksi kepada pengumuman-pengumuman ekonomi oleh Pakatan Rakyat dengan meniru cadangan-cadangan yang diutarakan.

Dua peristiwa yang lain sebelum ini ialah pengumuman satu lagi NKRA yang baru mengenai kos sara hidup SELEPAS Pakatan Rakyat mengadakan Perundingan Meja Bulat yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai inflasi; dan siaran blog Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Ogos 2011 mengenai kos sara hidup

SELEPAS sidang media pertama oleh Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat pada 5 Ogos 2011.

Pengakuan oleh Husni dan Kerajaan Barisan Nasional bahawa mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 memerlukan bantuan ialah satu kenyataan jelas tentang kegagalan  Barisan Nasional mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi dan BN tidak mengendahkan nasib 60% rakyat Malaysia dalam merangka polisi ekonomi mereka.

Satu rangkakerja polisi yang baru nyata amatlah diperlukan untuk membantu majoriti 60% rakyat Malaysia biasa untuk menjalani taraf hidup yang berkualiti dengan kurang daripada RM3,000 setiap bulan.

Adalah dijangkakan modifikasi tempelan oleh PEMANDU itu tidak akan mengakibatkan banyak perubahan kerana PEMANDU hanya mempunyai jangkamasa 2 minggu sahaja untuk mengeluarkan rangkakerja polisi yang baru tersebut .

Ekonomi berpaksikan kroni BN mestilah memberi laluan kepada satu  rangka kerja ekonomi bersifat berpaksikan  rakyat.  Rangkakerja Bajet Pakatan Rakyat “Kesejahteraan Untuk Semua” termasuklah mengurus cabaran-cabaran dasar berikut:

1. Meningkatkan pendapatan dan produktiviti

·                  Membantu pekerja-pekerja meningkatkan ketrampilan kemahiran dan  memperkenalkan satu gaji minimum  agar memecahkan lingkaran ganas produktiviti rendah,                      gaji rendah dan kemahiran rendah

·                  Membantu industri-industri meningkat naik dalam lengkungan  automasi dan mekanisasi disamping  menguncup jumlah buruh asing tidak mahir serta                                                   meningkatkan  upah sebenar bagi pekerja

·                  Merangka dasar-dasar untuk golongan yang bekerja sendiri dalam sektor-sektor tidak formal (seperti pemandu-pemandu teksi, perniagaan-perniagaan kecil,                                    peruncit kecil-kecilan);

·                  Melonjak dan menyemarakkan potensi-potensi keusahawanan dan inovasi  rakyat Malaysia

2. Meningkatkan pendapatan bolehguna

Bajet Alternatif Pakatan Rakyat akan mengkaji empat perbelanjaan  besar untuk keluarga-keluarga yang bergelut dengan kos sara hidup yang meningkat  dan mengkaji peranan kerajaan dalam meningkatkan pendapatan boleh guna melalui penyampaian perkhidmatan awam lebih efektif dan efisien:

·                  Kesihatan;

·                  Pengangkutan;

·                  Perumahan;

·                  Beban hutang isi rumah dan  penyelesaian pembayaran hutang-hutang

3. Mengehadkan monopoli, oligopoli dan kartel

Meningkatkan  pendapatan boleh guna dan mewujudkan satu keadaan seperti air pasang yang mengangkat semua bot melalui penggunaan domestik oleh  warganegara persendirian iaitu dengan   menggalakkan  persaingan  di sektor-sektor yang  kini dikuasai oleh monopoli, oligopoli dan kartel.

Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat telah menyatakan  rangkakerja kami mengenai monopoli beras oleh BERNAS, oligopoli gula dan MAS / kartel syarikat penerbangan Air Asia yang dimudahcarakan oleh GLCs.

Lebih banyak butiran pada sektor lain akan ditampilkan  pada bulan September ini dengan butiran penuh terkandung  di dalam dokumen akhir  belanjawan alternatif nanti..

YB Dr Dzulkifli Ahmad YB Liew Chin Tong                         YB Tian Chua