Berita

DAULAT TUANKU

KUALA LUMPUR, 11 APRIL: Tuanku Abdul Halim Mu’azam Shah hari ini selamat ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam satu upacara penuh istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu di Istana Negara di sini.

Menurut laporan agensi berita nasional Bernama, pertabalan itu mencatat sejarah kerana buat kali pertama Sultan yang sama dilantik semula sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan di kalangan sembilan Sultan dan Raja diamalkan selepas Merdeka.

Tuanku Abdul Halim, yang juga Sultan Kedah, ditabalkan kali pertama sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun.

Kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84 tahun. – Roketkini.com